16/11/2020
Persatuan dah keluar memo
CCTV MURAH? INI KENYATAAN RASMI PERSATUAN KONTRATOR SISTEM KESELAMATAN MALAYSIA ( MASSCON)
15 NOV 2020 | 22:54
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Berikutan penularan promosi pakej CCTV di media sosial yg memberikan harga murah dan terlalu rendah, seharusnya situasi tidak terjadi dan sedikit sebanyak memberikan impak kurang baik pada kalangan kontraktor CCTV yang menjalankan bisnes sepenuh masa. Tidak terikat pada hanya CCTV, malah sistem Door Access, Alarm System, Autogate dan yang berkaitan.
Kebiasaanya pada mereka yang menawarkan pakej murah sebegini kebanyakannya mengambil kesempatan kepada pelanggan yang berminat, dengan memberikan harga yg murah tapi hanya sekadar pasang, tiada kekemasan, menggunakan hard disk terpakai, Power supply camera yang murah, dan tiada khidmat selepas pemasangan (after sales). Perkara ini telah dilaporkan pada kami dan pelanggan terpaksa mengeluarkan kos berlebihan pada kemudian hari atas sebab kerja-kerja kontraktor yang tidak bertangungjawab ini.
Para pelanggan juga seharusnya bijak dalam memilih kontraktor CCTV yang bertauliah. Harga yg murah tidak akan menjamin kualiti, ketahanan, dan khidmat selepas pemasangan yg baik tetapi jika memilih pemasang yg bertauliah dan harga yang berpatutan, maka percayalah mereka ini akan sentiasa menjaga dan memberikan sokongan yang berpenjangan kepada pelanggan2 mereka. Mereka menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa, mempunyai staf-staf yang terlatih dan berpengalaman, dan sudah biasa dengan kepakaran mereka masing2. Adalah lebih afdal, jika harga yang berpatutan tetapi pelanggan mendapat sokongan yang baik dari kontraktor.
Kontraktor CCTV yg bertauliah ini juga semestinya sudah berdaftar dengan PERSATUAN KONTRATOR SISTEM KESELAMATAN MALAYSIA ( MASSCON).
MASSCON ialah pertubuhan yang dibawahnya yang mengumpulkan kontraktor yg berdaftar dan bertauliah. Antara tugas persatuan ini adalah memantau aktiviti atau kerja para kontraktor yg telah berdaftar, Sekiranya ada dikalangan ahli yang memberikan harga yang tidak masuk akal atau membuat pemasangan sistem keselamatan yang menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati, maka tugas persatuan adalah mengenakan tindakan tatatertib dan susulan demi menjaga nama baik persatuan dan menjaga kebajikan pelanggan.
Akhir kata, kami sebagai kontraktor yamg berdaftar dibawah MASSCON berharap agar para pelanggan sentiasa berfikiran terbuka, dan bijak dalam memilih kontraktor CCTV.Bak kata pepatah "Alang membeli, Menang memakai. Tepuk dada, Tanyalah selera. Semuanya di tangan anda para pelanggan.
Sekian dan Terima Kasih,
PERSATUAN KONTRAKTOR SISTEM KESELAMATAN MALAYSIA (MASSCON)
www.masscon.my