18/05/2021
Bukan Mudah Nak Jual Balik Emas
Beli emas memang mudah, tapi nak jual bila harganya tinggi tak semudah kita membelinya.
Itulah biasanya terjadi kepada sesiapa yang tak betul-betul selidik sebelum membeli emas.
Bila beli emas, salah satu faktor penting yang kita mesti selidik ialah; apakah penjual (syarikat penjual) jamin akan beli balik emas tu pada harga tinggi? Dan apakah syarat penjual akan beli balik emas itu pada harga tinggi? Kalau calar, kemek atau bengkok macam mana?
Bagi pembeli emas dalam jumlah yang besar, kena selidik satu lagi perkara penting; apakah syarikat penjual itu MAMPU beli balik dalam jumlah yang besar?
Sejak 2010 terlibat dalam jual beli emas, saya perhati sudah banyak syarikat tak mampu beli balik walaupun hanya sejumlah RM100,000. Apatah lagi jumlah jutaan ringgit... Bahkan ada syarikat yang cuma jual sahaja, tetapi tak akan beli balik!
Tetapi berdasarkan track record, pernah membeli balik sejumlah RM8 juta sehari tanpa sebarang masalah untuk pembayaran.
Ketika musim semua orang nak beli emas, memang syarikat penjual emas akan muncul seperti cendawan selepas hujan. Tapi nak tahu reputasi sebenar sesuatu syarikat, tunggu dan lihat ketika musim orang nak jual balik emas ketika harga tinggi!
Public Gold salah satu syarikat yang sudahpun terbukti reputasinya sejak 2008. Senang dibeli, senang dijual. Peace of mind!
Credit to : Mohd Zulkifli Shafie
Untuk bimbingan percuma boleh tekan link saya di bahagian komen 👇🏻☺️
Master Dealer Public Gold