09/12/2025
Cadangan membina dan menyiapkan 66 unit rumah pangsa mampu milik (RPMM) serta kerja-kerja berkaitan diatas tanah kerajaan di Pulau Duyong, mukim pulau-pulau , Daerah Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
-Reka-bentuk, membekal dan memasang kekuda besi Light gauge steel JKR Spec
-Membekal dan Memasang Atap 0.53mmtct cliplock , Class'O' aluminium foil dan aksesori berkenaan.
MBAJ, antara satu-satu kontraktor yang masyur di Negeri Terengganu. Projek negeri yang membina rumah mampu milik untuk anak-anak Terengganu, disandang pulok kontraktor insaniah. "LAJU"lah progress pembinaan biarpun ada pelbagai rintangan pada projek ini.
Haji Marzuki, seorang Usahawan Terengganu yang bersikap rendah diri, sentiasa mengambil tahu segala urusan kerja syarikat dari besar sehingga ke kecil. Hj Marzuki adalah tunjang utama syarikat juga merupakan Pencatur syarikat yang membuat pencaturan dan membuat keputusan untuk memastikan semua aspek diambil-kira dengan baik. Selain daripada itu, Hj Marzuki memang pandai dalam mencari bakat. Semua Staff MBAJ juga memberi komitmen penuh di pejabat dan tapak kerja untuk mencapai mutu kerja yang terbaik.
Aizat, merupakan anak sulung kepada Hj Marzuki - juga dibimbing sepenuhnya oleh ayahnya. Ayahnya sentiasa berpesan, "Kita ni niaga mencari keuntungan tapi kalau melibatkan kebajikan masyarakat, ketepikan keuntungan dan utamakan kebajikan masyarakat duluan". Di mana ada jejak Haji Marzuki, di situlah ada juga jejak Aizat wujud tak kira siang malam, dekat dan jauh. Kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.
Syamil, merupakan seorang QS yang mengkaji segala kerja dengan teliti, semua inchi diambil kira rapi untuk memastikan projek tersebut dapat siap dengan keadaan positif. Hadi, seorang projek manager yang bertanggungjawab atas keseluruhan kerja tapak dari struktur ke paku. Nilai dirinya, jika diberi tanggnungjawab, komitmen sepenuhnyalah yang perlu diberi, mencapai mutu kerja yang terbaik dan sentiasa menetapi progress kerja adalah matlamat beliau.
Kami mendoakan yang terbaik untuk Syarikat MBAJ, Peneraju pembangunan Negeri Terengganu. Selamat Maju Jaya.