Idealic F Enterprise

Idealic F Enterprise Kontraktor Binaan Bumiputra Gred G1 Ngejah kijee sikit boh ~ mepeh ngat doh nih.,huuuuuuh!!(payoh wehh)

21/02/2022
02/04/2021
Kontraktor MalaysiaUntuk selekoh, pendakian dan penurunan jalanraya atau lebuhraya, rekabentuk boleh dilakukan dengan me...
13/09/2020

Kontraktor Malaysia

Untuk selekoh, pendakian dan penurunan jalanraya atau lebuhraya, rekabentuk boleh dilakukan dengan menggunakan software Civil 3D.

Okay kali ni nak share pada anda tentang Road Alignment.

Untuk membina jalan, mula2 sekali perlu decide di mana jalan tersebut mahu ditempatkan.

Jadi Road Alignment ni untuk menunjukkan di mana jalan tersebut mahu ditempatkan.

Ada 2 jenis alignment iaitu:

1. Horizontal Alignment
2. Vertical Alignment

Kenapa perlukan road alignment design yang baik?

Ia adalah penting untuk kurangkan kos pembinaan jalan, kos penyelenggaraan, kos operasi kenderaan yang lalu jalan tersebut dan paling penting untuk minimakan kadar kemalangan jalanraya.

Juga menitikberatkan jarak penglihatan pemandu.

Okay jom kita kenal dengan horizontal alignment dulu ya...

Horizontal alignment ni bahasa mudahnya adalah jalan lurus dan selekoh jalan atau orang kita sebut jalan straight lepastu ada cornering.

Bahasa teknikalnya adalah terdiri daripada garisan lurus iaitu tangents dan curves untuk menukar arah jalan.

Horizontal alignment penting supaya kenderaan dapat dipandu dengan selamat, selesa, kelajuan yang konsisten dan untuk lancarkan aliran trafik.

Pemandu menjadi lebih bersedia ketika melalui selekoh jalan.

Horizontal alignment juga melibatkan design seperti superelevation, pelebaran tambahan, jarak daripada binaan2 yang sudah tersedia, transition curve dan lain2.

Okay jom kita kenal dengan vertical alignment p**a...

Vertical alignment ni bahasa mudahnya aras ketinggian jalan di mana jalan ada yang mendaki bukit dan ada yang menurun bukit bergantung pada keadaan bentuk muka bumi.

Bahasa teknikalnya adalah terdiri daripada garisan lurus yang dipanggil gradients dan vertical curves.

Gradients adalah kadar kenaikan atau penurunan jalan. Gradient yang terlampau curam perlu dielakkan supaya tidak menyukarkan kenderaan untuk mendaki atau menjadi lebih bahaya ketika menurun.

Rekabentuk gradient perlu dititikberatkan supaya trafik tidak menjadi sesak akibat kenderaan berat yang mendaki. Kadar penggunaan bahan api kenderaan juga meningkat sekiranya gradient terlampau curam

Vertical Curves ada dua jenis iaitu Crest Vertical Curve dengan Sag Vertical Curve.

Crest vertical curve adalah ketika kenderaan tiba di puncak pendakian jalan ataupun setelah melepasi ascending grades.

Sag vertical curve p**a adalah bahagian setelah kenderaan melepasi jalan menurun atau descending grades.

Kombinasi horizontal alignment dan vertical alignment yang baik dapat meningkatkan keselamatan, pemanduan pada kelajuan konsisten dan meningkatkan prestasi pemanduan di jalanraya tersebut.

Nazmi Ismail - Jurutera, Pengajar, Penulis
wa.me/60123405883?text=KursusCivil3D

Kontraktor MalaysiaCuba tengok kat bawah sinki rumah korang ada tak Plumbing Trap macam gambar kat bawah?Okay jom kita f...
13/09/2020

Kontraktor Malaysia

Cuba tengok kat bawah sinki rumah korang ada tak Plumbing Trap macam gambar kat bawah?

Okay jom kita faham fungsi Plumbing Trap ni ya...

Sistem paip air buangan di rumah menghasilkan bau yang tidak menyenangkan penghuni rumah.

Jadi kita perlu letakkan penghalang antara paip air buangan sinki atau jamban dengan paip sistem air buangan rumah.

Plumbing trap yang terletak selepas sinki atau jamban adalah alat untuk memerangkap sejumlah kecil air bila setiap kali sinki atau jamban digunakan.

Air yang terperangkap yang juga dipanggil sebagai trap seal ni dapat mengelakkan bau, gas atau serangga daripada sistem paip air buangan masuk ke dalam ruang rumah.

P-Trap adalah jenis perangkap yang biasa digunakan berbanding jenis perangkap botol dan S.

Ini kerana P-Trap dapat memerangkap air dengan lebih berkesan setelah kita menggunakan sinki atau jamban.

Lagi satu jika anda perasan ada plumbing vent kat atas bumbung rumah, ia berfungsi untuk masukkan udara dalam sistem paip air buangan bagi stabilkan tekanan antara kawasan sebelum dan selepas perangkap air.

Ini juga penting untuk pastikan perangkap sentiasa mengandungi air.

Biasanya gas2 yang terhasil daripada sistem paip air buangan adalah...

- Methane iaitu gas yang terhasil daripada najis manusia yang mengalami proses anaerobic digestion dengan kehadiran oksigen yang masuk daripada plumbing vent diatas bumbung rumah.

- Hydrogen sulphide iaitu gas yang terhasil daripada proses reputan bahan2 organik seperti telur, daging, ikan, kacang, brokoli dan makanan2 lain yang kaya dengan unsur sulfur

- Nitrogen terhasil daripada ammonia yang datang daripada urea air kencing manusia dalam sistem air buangan

- Carbon monoksida terhasil daripada penguraian bahan2 organik

Rasa macam geli geleman lah p**a dengar pasal sistem air buangan ni kan.

Thats why saya sangat2 respect pada brader2 plumber dan yang kerja involve dengan air sisa buangan ni.

Mereka adalah penyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, tu dia berkempen sikit la kita...

Inshaallah moga sharing saya yang ringkas ni bermanfaat untuk anda, jika ada penambahbaikan boleh komen ya.

Nazmi Ismail - Jurutera, Pengajar, Penulis
wa.me/60123405883?text=KursusTeknikalNF

Kontraktor MalaysiaBila nak bina rumah, sudah tentu owner rumah nak tentukan juga jenis rekabentuk bumbung yang dimahuka...
10/09/2020

Kontraktor Malaysia

Bila nak bina rumah, sudah tentu owner rumah nak tentukan juga jenis rekabentuk bumbung yang dimahukan...

Kali ni saya nak share 7 jenis rekabentuk bumbung secara asasnya iaitu:

👉 Gable Roof
👉 Hip Roof
👉 Intersecting Roof
👉 Gambrel Roof
👉 Mansard Roof
👉 Butterfly Roof
👉 Shed Roof

Jom kita faham secara asas jenis2 rekabentuk bumbung ni ya...

Gable Roof adalah dua permukaan bumbung mencuram ke bawah pada arah yang berlawanan bermula dari titik tertinggi di tengah.

Untuk membentuk bumbung jenis gable ni kedua2 permukaan tersebut perlu memiliki sudut kecuraman yang sama.

Jika dilihat dari hujung rumah, bentuk geometri bumbung gable ni adalah segitiga simetri. Gable roof ni juga adalah jenis rekabentuk bumbung yang biasa dijumpai.

Hip Roof adalah semua sisi bumbung mencuram ke bawah menuju ke dinding rumah. Pada semua sisi dinding rumah p**a terdapat fascia board yang terletak pada ketinggian siling rumah.

Fungsi fascia board adalah menyokong penghujung barisan jubin yang berada dihujung bahagian terendah bumbung serta membawa guttering yang berfungsi untuk menadah air hujan yang turun daripada permukaan bumbung dan membawa air hujan tersebut keluar dari kawasan rumah.

Intersecting Roof adalah di mana dua struktur bumbung berbentuk gable atau kombinasi gable roof dengan hip roof bersilang. Titik di mana dua struktur bumbung bersilang ni bertemu dipanggil sebagai valley.

Gambrel Roof adalah terdiri daripada 4 cerun permukaan bumbung, dimana 2 cerun atas kurang curam daripada 2 cerun dibawah.

Kalo tengok gambaq omputih, gambrel roof ni guna untuk rumah bangsal simpanan bijirin, jerami, haiwan atau peralatan kat ladang.

Fungsi rekabentuk gambrel roof ni juga untuk memberikan lebih ruang untuk diduduki diatas siling rumah.

Mansard Roof adalah permukaan kawasan atas bumbung berbentuk rata atau sedikit sahaja curam dan bahagian tepi bumbung adalah lebih curam.

Butterfly Roof adalah dua permukaan bumbung mencuram kebawah dan bertemu di tengah membentuk lembah.

Atau orang Islam sebut bentuk rehal, yang kita guna untuk baca Al-Quran atau Muqaddam.

Shed Roof adalah terdiri daripada 1 sahaja permukaan bumbung yang curam ke bawah pada satu arah.

Jadi yang mana satu jenis bumbung idaman anda, cer komen sikit..

Model 3D bumbung ini dihasilkan oleh En. Ruzaini merupakan BIM Modeler dan trainer kursus Revit Architecture kami.

Btw jika berminat nak belajar tentang Building Information Modeling dan software Revit untuk Architecture boleh hubungi kami okay!

Nazmi Ismail - Jurutera, Pengajar, Penulis
wa.me/60123405883?text=KursusRevitArchitecture

Rujukan:
http://www.krh-roofing.com/roof-types.php
https://www.dayusroofing.com/roofing101/roof-design-types

Kontraktor MalaysiaTahukah anda yang sebenarnya jalanraya dan lebuhraya direkabentuk sedikit senget?Yup memang kebanyaka...
09/09/2020

Kontraktor Malaysia

Tahukah anda yang sebenarnya jalanraya dan lebuhraya direkabentuk sedikit senget?

Yup memang kebanyakan masa kita tidak perasan ketika memandu di jalanraya sebab ia sekadar senget sedikit sahaja.

Dalam kejuruteraan awam untuk rekabentuk jalanraya, jalan senget tersebut disebut sebagai Normal Crown, Remove Adverse Crown dan Full Superelevation.

Okay firstly jom kita faham serba sedikit kenapa jalan ni dibina sedikit senget ya.

Untuk jalan yang lurus, bentuk keratan rentas jalan dipanggil Normal Crown (boleh refer drawing dalam gambar) di mana permukaan tertinggi adalah di tengah jalan dan titik terendah adalah di sisi kiri dan kanan jalan.

Ini berfungsi untuk menyuraikan air ke tepi jalan supaya tiada takungan air yang terbentuk di tengah jalan ketika hujan yang boleh menyebabkan bahaya pada kenderaan kerana tiada geseran antara tayar dan jalan.

Kemudian ketika melalui selekoh, bentuk keratan rentas jalan tersebut akan berubah secara beransur-ansur daripada Normal Crown menjadi Remove Adverse Crown dan akhir sekali Full Superelevation.

Fungsi Full Superelevation (seperti gambar lebuhraya dibawah) ketika memandu di selekoh jalan adalah untuk memastikan kenderaan dapat dipandu dengan selamat dan pada kelajuan yang lebih tinggi.

Ini kerana bila kenderaan melalui selekoh, akan terhasil centrifugal force yang bertindak sebagai daya yang terhasil yang menolak kenderaan keluar dari selekoh jalan tersebut.

Tak tahu centrifugal force? Mudah je, tengok atlet baling tukul besi negara kita, macam mana diorang berpusing banyak kali untuk menghasilkan centrifugal force yang kuat untuk melontar tukul besi.

Jadi, superelevation untuk jalan senget di selekoh inilah yang mengimbangkan daya centrifugal force tersebut untuk memastikan kenderaan yang dipandu selamat ketika melalui selekoh.

Kadar peratusan kesengetan superelevation ini semakin bertambah mengikut kelajuan dan ketajaman selekoh jalan mengikut Arahan Teknik Jalan atau guideline yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Lembaga Lebuhraya (LLM)

Kita ambil contoh perubahan dari jalan lurus kepada selekoh ke kanan (merujuk pada lukisan dibawah)...

Remove Adverse Crown adalah di mana keratan rentas jalan memiliki permukaan rata dari sisi kiri ke tengah jalan dan permukaan terendah di sisi kanan jalan.

Full Superelevation p**a adalah keratan rentas jalan dengan permukaan tertinggi pada sisi kiri jalan dan terendah pada sisi kanan jalan membentuk jalan senget untuk memastikan kenderaan melalui selekoh jalan ke kanan dengan selamat pada kelajuan tertentu.

Sebagaimana yang kita tahu, jalanraya dibina bengkang bengkok dan naik turun bukit bergantung kepada bentuk muka bumi, binaan2 yang tersedia dan halangan2 yang terdapat berdekatan jalanraya tersebut.

Inshaallah lepasni saya akan mengupas tentang horizontal alignment dan vertical alignment p**a ya, all the best!

Rekabentuk jalanraya juga boleh dibuat menggunakan software Civil 3D, jika berminat nak belajar software Civil 3D boleh roger2 ya.

Nazmi Ismail - Jurutera, Pengajar, Penulis
wa.me/60123405883?text=KursusCivil3D

*Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan saya dengan sahabat2 saya yang terlibat dengan projek pembinaan jalan dengan JKR, minta maaf jika ada kekurangan, boleh komen untuk tambahbaik*

C&P

13/07/2020

Kalau tanye penyelesaian paling mudah, ramai akan pilih untuk ketam semula bahagian yang sangkut.

05/06/2020

Siapa sangka rumah yang kelihatan biasa ini mampu diubahsuai menjadi sebuah rumah yang cantik dengan rekaan minimalis. Terbaharu, pengguna Twitter

Address

Kuala
20050

Telephone

+6096239514

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Idealic F Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Idealic F Enterprise:

Share

Category