02/10/2026
CERITA JUMAAT SIKIT… 🏠
Kacak s*k site tok…
Alhamdulillah, kami berjaya handover dengan jayanya. 🤲🏻
Tapi di sebalik kacaknya rumah tok, ada cerita pahit manis yang kami lalui sepanjang perjalanan.
Owner ada plan nak buat extension di bahagian belakang rumah.
Kerja ya memerlukan tukang yang sesuai. Kebetulan ada seorang tukang yang memang dah lama kami kenal. Sebelum tok pun selalu bertanya,
“Ada job s*k?”
Jadi kami bagi dia peluang untuk buat kerja extension ya.
Masa yang sama, team existing kami tengah sibuk dengan 2 site lain.
Kami fikir kerja belakang tok boleh berjalan sendiri dan berdasarkan apa yang dibincangkan, sepatutnya boleh siap dalam lebih kurang 3 minggu maksimum.
Tapi…
3 minggu → s*k siap.
1 bulan → s*k siap.
2 bulan → masih s*k siap.
3 bulan → masih ada kerja yang belum settle.
Hari ke hari, janji nak siap.
Minggu ke minggu, janji nak siap.
Tapi hasilnya masih sama.
Akhirnya kami terpaksa masuk campur dan ambil alih untuk settlekan baki kerja.
Dan yang paling mengecewakan…
Bukan sekadar kerja yang lambat.
Ada duit yang dah keluar dan terbakar disebabkan kesilapan memilih tukang.
Ada masa yang terbuang berbulan-bulan menunggu sesuatu yang sepatutnya siap dalam beberapa minggu.
Dan yang paling mahal sebenarnya…
kepercayaan.
Bila kita dah percaya orang untuk buat kerja, tapi akhirnya kita yang terpaksa menanggung akibatnya — memang sakit.
Akhirnya team kami masuk dan dalam lebih kurang 1 minggu, kami settlekan baki kerja termasuk finishing dan pemasangan grill.
Alhamdulillah, akhirnya siap juga. 🤲🏻
Tapi daripada cerita tok, kami belajar satu benda yang sangat penting.
Salah pilih tukang bukan sekadar rugi duit.
❌ Duit boleh burn.
❌ Masa boleh hilang berbulan-bulan.
❌ Planning boleh lari.
❌ Kerja lain boleh terganggu.
❌ Owner boleh stress.
❌ Dan paling susah… kepercayaan boleh hilang.
Sebab ya lah kenapa bila kita buat rumah, jangan tengok harga semata-mata.
Harga murah mungkin nampak menarik di awal.
Tapi kalau kerja lambat, kena repair balik, kena cari orang lain untuk sambung, atau material dah terbeli tapi kerja tak bergerak…
Akhirnya kos sebenar boleh jadi jauh lebih mahal.
Dalam construction, kita bukan bayar untuk “orang datang buat kerja” saja.
Kita bayar untuk planning, coordination, pengalaman, responsibility dan ketenangan fikiran.
Itulah yang kami cuba bawa di ZID.
Design + Planning + Contractor dalam satu bumbung.
Supaya owner s*k perlu pening nak coordinate sorang-sorang, mengejar tukang, menunggu janji siap dan tertanya-tanya bila rumah akan betul-betul siap.
Sebab bagi kami…
Rumah yang cantik memang penting.
Tapi perjalanan untuk sampai ke rumah yang cantik itu pun mesti terurus. ❤️
Setiap site ada ceritanya.
Dan setiap cerita, mesti ada pengajarannya.
Jangan sampai nak jimat di awal, akhirnya bayar lebih banyak di belakang. 🏠
Aok tukang yg lari ya hilang di msg seen ajak jangan sampe kitak terjerat dlm ya. Klk kmk cerita pasal tukang siling kmk yang ambik duit deposit hilang jwk adehhh.. mok dgr x kisah tok..? Comment “mok”