04/02/2026
Orang selalu kira kerugian dari sudut duit jak.
âBerapa bayaran projek yang âhilangâ?â
Itu kiraan paling kecil.
Bila karya kita digunakan orang lain, mereka bukan sekadar ambil bayaran. Mereka ambil peluang masa depan. Kerugian sebenar bukanlah duit, tapi peluang!
Bayangkan logo yang anda reka untuk satu company. Tahun depan, company itu jadi jenama terkenal sepelusuk negara. Logo itu ada di setiap cawangan, iklan TV, dan billboard.
Takpun packaging yang anda buat untuk produk tempatan. Tahun depan, ia masuk Amazon, dijual ke Singapura, Indonesia.
Atau visual identiti yang anda cipta untuk startup. Tahun depan, startup itu IPO, nilai syarikat RM100 juta.
Setiap kejayaan itu dibina atas idea kita.
Tapi nama kita tidak ada.
Tiada kredit. Tiada royalti.
Tiada peluang untuk projek seterusnya.
Itu kehilangan yang tidak boleh diukur dalam invois tau.
Duit boleh cari balik tapi peluang masa depan mungkin tak akan datang lagi.
Ramai designer berfikir:
âKalau tak bayar, tak apa. Portfolio je.â
Tapi portfolio tak boleh bayar bil dan bila karya anda jadi âportfolio orang lainâ, portfolio anda sendiri kosong.
Dalam dunia kreatif, 1 karya yang bagus = 10 pintu terbuka. Jenama besar call untuk projek baru. Ada collaboration dari agensi-agensi. Peluang royalti jangka panjang. Dapat p**a undangan workshop..atau podcast.
Tapi malangnya, bila karya itu diambil orang lain, maka sudah tentulah pintu itu terbuka untuk orang lain. Mereka dapat jenama besar, agensi, royalti.
Anda dapat apa?
Kenangan dan screenshot.
POV professional designer ni lain. Designer yang faham nilai karya tidak melihat rekaan sebagai digital file. Mereka melihatnya sebagai aset jangka panjang + royalty + portfolio + reputation.
Bakat mencipta bentuk.
Perlindungan mencipta nilai.
Tanpa perlindungan, karya hanya cantik sementara.
Diguna, dilupakan, hilang.
Dengan perlindungan, karya menjadi warisan dan legasi anda. Ia bekerja untuk anda bertahun tahun. Kerugian harta intelek (IP) bukan tentang âbayaran hilangâ. Ia tentang jenama yang hilang, royalti yang hilang, reputasi yang hilang. Designer yang bijak tahu bahawa bakat buat anda terkenal hari ini, tapi perlindungan harta intelek buat anda kaya kemudian hari.
Kongsi jika bermanfaat, agar lebih ramai designers cakna. Kami tidak mengizinkan budaya 'copy paste'.
MindswitchÂŽ