CIDB Miri

CIDB Miri Construction Industry Development Board Malaysia

Tahniah atas Pelantikan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia.CIDB Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sr Ahmad F...
12/06/2026

Tahniah atas Pelantikan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia.

CIDB Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sr Ahmad Farrin Mokhtar atas pelantikan beliau sebagai Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, berkuat kuasa pada 8 Jun 2026.
Pelantikan ini mencerminkan keyakinan terhadap pengalaman, kepimpinan dan komitmen beliau dalam memperkasakan industri pembinaan negara.

Semoga beliau terus memimpin CIDB Malaysia dengan visi yang jelas, integriti yang tinggi serta semangat kolaboratif dalam merealisasikan agenda transformasi industri pembinaan yang lebih mampan, inovatif dan berdaya tahan.
Selamat menjalankan amanah demi kemajuan industri pembinaan Malaysia.

Tahniah atas Pelantikan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia

CIDB Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sr Ahmad Farrin Mokhtar atas pelantikan beliau sebagai Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, berkuat kuasa pada 8 Jun 2026.

Pelantikan ini mencerminkan keyakinan terhadap pengalaman, kepimpinan dan komitmen beliau dalam memperkasakan industri pembinaan negara.

Semoga beliau terus memimpin CIDB Malaysia dengan visi yang jelas, integriti yang tinggi serta semangat kolaboratif dalam merealisasikan agenda transformasi industri pembinaan yang lebih mampan, inovatif dan berdaya tahan.

Selamat menjalankan amanah demi kemajuan industri pembinaan Malaysia.

KES TIPU TAWARAN TENDER TIDAK WUJUD MELIBATKAN AGENSI KERAJAAN.PERINGATAN KEPADA SEMUA KONTRAKTOR!!!Dimaklumkan bahawa t...
25/05/2026

KES TIPU TAWARAN TENDER TIDAK WUJUD MELIBATKAN AGENSI KERAJAAN.

PERINGATAN KEPADA SEMUA KONTRAKTOR!!!

Dimaklumkan bahawa tiada sebarang tawaran tender atau projek daripada agensi kerajaan yang dibuat melalui saluran tidak rasmi, termasuk panggilan telefon, mesej WhatsApp, media sosial atau pihak ketiga yang tidak sah.

Semua urusan berkaitan tawaran tender kerajaan hendaklah dirujuk melalui saluran rasmi agensi berkenaan seperti portal rasmi, laman sesawang atau notis rasmi yang dikeluarkan.

Kontraktor dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran palsu yang melibatkan bayaran pendahuluan, dokumen meragukan atau janji projek segera.

Sekiranya menerima tawaran yang mencurigakan, sila buat semakan terus dengan agensi berkaitan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

⏰ TINGGAL 1 BULAN LAGI!Vendor yang belum melengkapkan pendaftaran dalam sistem eP@CIDB, segera lengkapkan pendaftaran an...
11/05/2026

⏰ TINGGAL 1 BULAN LAGI!
Vendor yang belum melengkapkan pendaftaran dalam sistem eP@CIDB, segera lengkapkan pendaftaran anda sebelum tempoh pendaftaran percuma tamat.
βœ… Pendaftaran Vendor CIDB adalah PERCUMA
πŸ“… 9 Mac – 8 Jun 2026
Bermula 9 Jun 2026, fi pendaftaran akan dikenakan.
Hanya vendor yang berdaftar dalam sistem eP@CIDB sahaja dibenarkan menyertai tawaran perolehan CIDB.
Daftar sekarang di:
🌐 https://eperolehan.cidb.gov.my/
Sebarang pertanyaan:
πŸ“§ [email protected]

⏰ TINGGAL 1 BULAN LAGI!

Vendor yang belum melengkapkan pendaftaran dalam sistem eP@CIDB, segera lengkapkan pendaftaran anda sebelum tempoh pendaftaran percuma tamat.

βœ… Pendaftaran Vendor CIDB adalah PERCUMA
πŸ“… 9 Mac – 8 Jun 2026

Bermula 9 Jun 2026, fi pendaftaran akan dikenakan.

Hanya vendor yang berdaftar dalam sistem eP@CIDB sahaja dibenarkan menyertai tawaran perolehan CIDB.

Daftar sekarang di:
🌐 https://eperolehan.cidb.gov.my/

Sebarang pertanyaan:
πŸ“§ [email protected]

PROGRAM PENTAULIAHAN SEBAGAI PERSONEL BERTAULIAH DAN KOMPETEN UNTUK PENYELIAAN DAN PENGURUSAN. (MELALUI KAEDAH II- Pengi...
11/05/2026

PROGRAM PENTAULIAHAN SEBAGAI PERSONEL BERTAULIAH DAN KOMPETEN UNTUK PENYELIAAN DAN PENGURUSAN.
(MELALUI KAEDAH II- Pengiktirafan Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognition Prior Learning and Experience, RPLE)/Temuduga).

Tarikh: 19/05/2026
Tempat : CIDB Cawangan Miri.

Program Penyeliaan :
- Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan (CSS) - Tahap 3/4
- Pentauliahan Pengurus Pembinaan (CCM) - Tahap 5
- Pentauliahan Pengurus Projek Pembinaan (CCPM) - Tahap 6

rujuk manual pengguna berikut untuk pendaftaran:
https://cims.cidb.gov.my/.../UG_P&P%20(Kaedah%20Temuduga...

MIRI, 28 APRIL 2026 -SESI LIBAT URUS BERSAMA KONTRAKTOR DI BAHAGIAN MIRI TAHUN 2026Telah berlangsung Program Sesi Libat ...
29/04/2026

MIRI, 28 APRIL 2026 -SESI LIBAT URUS BERSAMA KONTRAKTOR DI BAHAGIAN MIRI TAHUN 2026

Telah berlangsung Program Sesi Libat Urus Bersama Kontraktor di Bahagian Miri Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Miri dengan kerjasama Unit Pembangunan Kontraktor dan Pembekal (UPKP).

Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Undang-Undang, Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek). Seramai 225 orang peserta telah menghadiri program ini, termasuk wakil daripada pelbagai agensi kerajaan tempatan.

CIDB Cawangan Miri turut dijemput sebagai penceramah bagi menyampaikan taklimat berkaitan keperluan Akta 520 CIDB kepada para kontraktor yang hadir.

Selain itu, sesi dialog turut diadakan bersama para kontraktor dan agensi berkaitan bagi membincangkan isu-isu serta cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan projek. Sesi ini bertujuan mencari jalan penyelesaian terbaik demi meningkatkan prestasi serta memperkukuh pembangunan industri pembinaan di Bahagian Miri.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur serta semua peserta yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus menjalinkan hubungan dua hala yang erat antara pihak kerajaan dan para penggiat industri ke arah pembangunan sektor pembinaan yang lebih mampan dan progresif.

πŸ“· Pejabat Residen Miri.

MIRI, 20 APRIL 2026- SESI LIBAT URUS CIDB BERSAMA KONTRAKTOR BAGI PROJEK SARAWAK-SABAH LINK ROAD (SSLR) FASA 2CIDB Cawan...
23/04/2026

MIRI, 20 APRIL 2026- SESI LIBAT URUS CIDB BERSAMA KONTRAKTOR BAGI PROJEK SARAWAK-SABAH LINK ROAD (SSLR) FASA 2

CIDB Cawangan Miri melalui Unit Pembangunan telah menganjurkan sesi libat urus bersama kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2 pada 20 April 2026 bertempat di CIDB Cawangan Miri.

Sesi ini telah diketuai oleh Pengurus Cawangan CIDB Miri, En. Halid Bin Samian, bersama pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat CIDB iaitu Ts. Shahreen Binti Ghazali, Pengurus Kanan Bahagian Latihan & Akreditasi serta Cik Rashima Binti Adenan, Pengurus Bahagian Pematuhan Kualiti Binaan. Turut hadir ialah wakil Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak.

Pihak kontraktor p**a diketuai oleh syarikat Maltimur Aktif Unggul JV Sdn. Bhd. bersama syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan projek berkenaan.

Melalui sesi ini, CIDB dan ABM Wilayah Sarawak telah menyampaikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan agensi, di samping berkongsi maklumat berhubung program latihan serta keperluan pematuhan yang berkaitan dengan industri pembinaan.

CIDB Cawangan Miri berharap agar inisiatif seperti ini dapat memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak industri serta memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta 520, khususnya melibatkan personel binaan berakreditasi dan pematuhan standard bahan binaan

15 APRIL 2026 - Program Coaching SCORE 2026 anjuran CIDB Miri telah berjaya dilaksanakan dan dirasmikan oleh En. Halid B...
17/04/2026

15 APRIL 2026 - Program Coaching SCORE 2026 anjuran CIDB Miri telah berjaya dilaksanakan dan dirasmikan oleh En. Halid Bin Samian Pengurus Cawangan CIDB Miri.

Seramai 43 peserta terdiri daripada kontraktor G2-G7 telah hadir bagi menyertai program ini. Diharapkan sesi ini dapat memberi manfaat serta membantu para peserta dalam memahami keperluan dan proses berkaitan SCORE dengan lebih berkesan.

Tahniah dan Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.

πŸ“’ πŸ“’ PANGGILAN TERAKHIR KEPADA KONTRAKTOR YANG BELUM BERDAFTAR❗❗❗HANYA TINGGAL BEBERAPA SLOT TERAKHIR, REBUT PELUANG SEBE...
06/04/2026

πŸ“’ πŸ“’ PANGGILAN TERAKHIR KEPADA KONTRAKTOR YANG BELUM BERDAFTAR❗❗❗HANYA TINGGAL BEBERAPA SLOT TERAKHIR, REBUT PELUANG SEBELUM HABIS❗❗❗

- PROGRAM COACHING SCORE MIRI 2026
Pemakluman kepada semua Kontraktor Berdaftar CIDB G2 – G7
Bermula 1 Januari 2026, semua kontraktor G2 – G7 (SPKK) diwajibkan memiliki SCORE CIDB dengan penarafan minimum bagi tujuan pendaftaran semula.
⭐ Penarafan Minimum SCORE CIDB:
* Kontraktor G2 – G4 : Minimum 2 Bintang
* Kontraktor G5 – G7 : Minimum 3 Bintang
Sehubungan itu, pihak CIDB Cawangan Miri akan menganjurkan:
πŸ“… Program Coaching SCORE Miri 2026
πŸ—“ 15 April 2026
πŸ“ JINHOLD HOTEL & SERVICED APARTMENT, MIRI
πŸ’° Yuran Penyertaan: RM100 / Pax
πŸ‘₯ Terhad kepada 50 peserta sahaja
🏒 1 orang wakil bagi setiap syarikat
πŸ“² Imbas QR Code pada poster untuk pendaftaran. atau click link berikut:
https://evms.cidb.gov.my/event/3Xyt791glNb
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
πŸ“ž 085-417431
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bimbingan berkaitan penarafan SCORE CIDB bagi memastikan syarikat tuan/puan memenuhi syarat pendaftaran yang ditetapkan

SLOT TERHAD!!!! HANYA 50 PESERTA TERAWAL!πŸ“’ PROGRAM COACHING SCORE MIRI 2026Pemakluman kepada semua Kontraktor Berdaftar ...
17/03/2026

SLOT TERHAD!!!! HANYA 50 PESERTA TERAWAL!

πŸ“’ PROGRAM COACHING SCORE MIRI 2026
Pemakluman kepada semua Kontraktor Berdaftar CIDB G2 – G7
Bermula 1 Januari 2026, semua kontraktor G2 – G7 (SPKK) diwajibkan memiliki SCORE CIDB dengan penarafan minimum bagi tujuan pendaftaran semula.
⭐ Penarafan Minimum SCORE CIDB:
* Kontraktor G2 – G4 : Minimum 2 Bintang
* Kontraktor G5 – G7 : Minimum 3 Bintang
Sehubungan itu, pihak CIDB Cawangan Miri akan menganjurkan:
πŸ“… Program Coaching SCORE Miri 2026
πŸ—“ 15 April 2026
πŸ“ JINHOLD HOTEL & SERVICED APARTMENT, MIRI
πŸ’° Yuran Penyertaan: RM100 / Pax
πŸ‘₯ Terhad kepada 50 peserta sahaja
🏒 1 orang wakil bagi setiap syarikat
πŸ“² Imbas QR Code pada poster untuk pendaftaran. atau click link berikut:
https://evms.cidb.gov.my/event/3Xyt791glNb
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
πŸ“ž 085-417431
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bimbingan berkaitan penarafan SCORE CIDB bagi memastikan syarikat tuan/puan memenuhi syarat pendaftaran yang ditetapkan.

Address

Lot 9524 & 9525, ASSAR Commercial Centre, Jalan Miri By Pass
Miri
98000

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 08:30 - 11:45
14:15 - 16:30

Telephone

085417431

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CIDB Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CIDB Miri:

Shortcuts

Share

Category