20/10/2024
ASSALAMUALAIKUM
PEDOMAN : BERKATA BAIK ATAU DIAM SAJA
Umat Islam dididik agar menjaga percakapan daripada menuturkan kata-kata yang tidak baik, termasuk menggelar orang dengan gelaran tertentu. Al-Quran dan hadis memberikan arahan jelas mengenai pentingnya memelihara lidah dan menjauhi perkataan tidak baik.
Pentingnya menggunakan perkataan yang baik dan berhemah kerana kata-kata yang tidak baik boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian.
Hadis di gambar menekankan dalam situasi kita tidak mampu mengucapkan perkataan yang baik, adalah lebih baik untuk berdiam diri daripada mengucapkan perkataan yang buruk atau menyakitkan.
Selain itu, Rasulullah SAW juga memberikan peringatan tegas terhadap penggunaan kata-kata yang merendahkan atau menghina orang lain. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memanggil saudaranya dengan sebutan yang buruk, maka dosanya akan kembali kepadanya, selagi saudaranya tidak layak diberi gelaran itu" - (Hadis Riwayat Muslim). Ini menunjukkan betapa seriusnya Islam memandang kepada penghinaan dan kecaman terhadap orang lain melalui kata-kata.
Dengan demikian, menjaga percakapan dan mengekalkan lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak baik merupakan kewajipan dalam Islam. Hal ini tidak hanya menghindarkan fitnah dan permusuhan di kalangan masyarakat, tetapi juga mencerminkan kedewasaan dan kesopanan berkomunikasi. Sebagai umat Islam, adalah penting bagi kita untuk sentiasa merujuk kepada ajaran al-Quran dan hadis dalam setiap aspek kehidupan, termasuk cara kita berbicara dan berinteraksi.
Tegasnya, larangan berkata keji kepada orang lain adalah satu prinsip asas dalam ajaran Islam. Islam mengajar umatnya menghormati dan menghargai orang lain serta berkomunikasi dengan cara sopan dan berhemah. Melalui pengamalan ajaran ini, diharapkan tercipta masyarakat harmoni dan penuh kasih sayang.
SUMBER:
Selepas berakhirnya Ramadan umat Islam kembali kepada kehidupan biasa. Ibadah puasa yang dilalui sepanjang Ramadan banyak mendidik agar menjadi manusia yang lebih baik berbanding sebelumnya.