Tip Bina Rumah

Tip Bina Rumah

Saya sebenarnya pun tak tahu apa salah saya.Minggu ni ada lagi orang buat laporan.KKM datang. Veterinar pun datang. Pada...
12/02/2026

Saya sebenarnya pun tak tahu apa salah saya.

Minggu ni ada lagi orang buat laporan.
KKM datang. Veterinar pun datang. Padahal saya jual minyak urut je. Dan ya, produk tu memang dalam proses pendaftaran.Bukan lari. Bukan sorok.

Bab laporan veterinar tu, jujur saya senyum sendiri.Ada dua kes.Satu rusa ada luka sikit kat badan.Satu lagi arnab dalam kandang kecil.Yang arnab tu kelakar.Budak baru nak pindahkan.Belum sempat, orang dah ambil gambar.

Saya tak bising.Saya beri kerjasama.
Pindahkan rusa ke kandang lain.Biasalah rusa… kadang-kadang luka sikit, sama macam kita orang kerja kampung.

Pengadu dirahsiakan.
Jadi saya diam.
Banyakkan doa.

Lepas tu ada satu kes lagi.Pembeli beli barang, mungkin barang tak sampai atau kurang.Dia terus report KPDNKK.

Solusinya senang je.
Refund RM50.
Selesai.

Perkara kecil.
Kesilapan manusia.
Terlepas pandang oleh staf.

Sekarang Shopee pun dah ada sistem refund sendiri.Tak banyak dah masalah macam tu.

Cuma orang luar nampak seolah-olah kita ni nak menipu.Padahal silap kecil je.
Apa pun… diam je lah.Mengaku salah, minta maaf dan jalan terus.

Saya ni memang selalu buat iklan.
Tapi jujur, bukan banyak pun yang terjual.
Sebab tu saya kagum tengok orang lain.
Macam Jungle Girl tu.Boleh jual minyak urut sampai sejuta seminggu.

Orang ketawakan saya.
Saya diam je.

Saya tak minta simpati.
Saya cuma nak minta tolong.

Saya nak habiskan stok lama minyak tanduk rusa.
Hari ni saya jual harga rugi.

👉 10 botol RM98
👉 + 2 botol percuma

Harga sebenar sebotol 30ml: RM15
Hari ni jatuh RM8 sebotol.

Kalau ada rezeki tuan puan,
bolehlah manfaatkan.
Kalau serasi, Alhamdulillah.
Kalau tak, tak mengapa.

Kelebihan minyak saya letak di ruang komen.Terima kasih sebab sudi baca sampai habis.

Gambar tak berkaitan, saya nak kongsi gambar kandang rusa.

Dulu aku banyak buat posting pasal pertanian. Sejak setahun ni tak banyak lagi update pasal pertanian. Mungkin aku rasa ...
11/02/2026

Dulu aku banyak buat posting pasal pertanian. Sejak setahun ni tak banyak lagi update pasal pertanian. Mungkin aku rasa dah tak jadi petani sangat kot. Lagi pun bukan ramai yang like posting aku tentang pertanian.

Jadi penternak dan petani bukan boleh kaya. Banyak keluar duit je dari dapat hasil. Kalau barang tak laku beri orang. Kalau barang free dan murah berebut orang datang. Bila suruh beli mahal sikit kata ‘ ini harga y*hudi “. hehehe Jadi lebih ramai yang mencari option murah dari menghargai penternak dan petani.

Deorang siap sekolahkan lagi. Kalau dah tahu orang thailand boleh tanam sayur murah, boleh ternak lembu murah pergi lah belajar kat sana. Deorang tak tahu racun yang diluluskan. Gaji kat sana mura.

Aku fikir saya nak menulis semula tentang pertanian. Walaupun masalahnya adalah meta ni kasi slow fb aku. Atau ramai dah ke media tiktok. Biasalah warga mas macam aku ni payah sikit nak move on. Masih setia dengan FB.

Siapa yang masih disini terima kasih. Terus berjuang menjadi petani dan penternak.

Siapa follower FB saya dah lama. Like sikit dan say ‘ saya ‘. Saya nak beri hadiah korang. 15 produk organik yang harganya RM270 bawah RM90 je. Siapa nak saya letak link untuk 100 yang terpantas.

24/07/2025

Apa Khabar semua

17/06/2024
08/02/2024

Pakej Lawatan Agro
D’impian Agro Farm, MUAR.

Cuti sekolah ni kalau tak tahu nak bawa anak2 pergi mana boleh pergi sini, D’impian agro farm, di sg belukang muar. Banyak aktiviti menarik dekat sini daripada pertanian, penternakan dan perladangan, boleh bagi makan kuda, kambing, rusa, arnab, ikan burung unta . Kalau yang datang dari jauh pon boleh menginap dekat sini paling rare tido dalam khemah, tapi khemah dia besar gile ada 4 tilam dalam khemah tu dan ada aircond memang rare.

Bab makan tak perlu risau dekat sini pon ada cafe, kebanyakan dekat cafe ni semua hasil daripda produk D’impian agro farm sendiri.paling best dekat cafe ni boleh makan dan minum daripda produk sendiri sambil layan pemandangan pokok strawberi dan rock melon. Jemput la ke muar singgah ke sini.saya share sedikit info untuk korang yg nak kesini.

Harga :
Dewasa RM15
Kanak-kanak RM10

Pakej A RM100: 2 dewasa 1 kanak-kanak
Pakej B RM150: 3 dewasa 2 kanak-kanak
(Termasuk makan dan penerangan agro)


Ladang Dimpian Agro Farm, Muar.
Dimpian Agro Farm
Kampung Sungai Belukang,
Seri Menanti, Muar

Klik di location
https://goo.gl/maps/WF1bWSp2rtDZ9WnY6

website : https://dimpianagrofarm.com/

📌Dimpian Agro Farm Muar

📍kampung sungai belukang, seri menanti Muar

⏰9pg-6ptg (Cuti SELASA)

+60 18 793 9749

1 Feb 2024 Hari ni slow sikit. Biasanya ada je dalam 50 nasi dulang walaupun hari berkerja. Sebelum ni saya memang beri ...
01/02/2024

1 Feb 2024

Hari ni slow sikit. Biasanya ada je dalam 50 nasi dulang walaupun hari berkerja. Sebelum ni saya memang beri harga promosi separuh harga untuk satu talam. Saya tak naikan banyak. Harga RM60 tetap ada. Sebenarnya tadi makan berempat kenyang je dengan set couple. Minta tambah daging perap dua keping.

Sepanjang promosi banyak betul pengalaman yang saya dan team tempohi. Ada je yang kutuk-kutuk. Ada kata daging kambingnya sikit cuma besar ibu jari je. Ada yang tegur tentang SOP. Saya mengaku kesilapan dan saya perbaiki setiap hari. Hati saya juga besar bila ada yang memuji sedap, ada yang faham dan bertanya kenapa harga murah sangat. Saya memang niatkan sedekah.

Tengoklah esok macam mana. Harap ada peningkatan order. Pening saya fikir nak kurangkan harga kos. Tak lepas juga. S**a sebenarnya beri orang ramai makan. Tapi sekarang ni semuanya mahal.

Saya ajak kawan-kawan datang ke Cobawin Cafe. Kami buka jam 9 pagi tapi nasi dulang hanya ada untuk makan tengah hari bermula jam 11 pagi. Boleh je tempah dan booking dulu. Kalau terus datang pun boleh. Tapi kalau booking dari jauh pasti dapat. Sebab kami simpankan.

Saya minta maaf sebab buat iklan setiap hari. Saya tinggal di kampung. Payah nak ajak orang kampung datang makan cafe saya. Ramai yang beri alasan cafe saya jauh masuk kampung walaupun sebenarnya tepi jalan muar batu pahat.

Saya ucapkan ribuan terima kasih buat sahabat yang datang menyokong. Selain korang boleh makan nasi dulang korang boleh melawat farm kami dan beli buah.

Lokasi

Cobawin Cafe
D’impian Agro Farm
Kampung Sungai Belukang
Muar Johor

Pertanyaan atau tempahan : wasap.my/60182759546/NasiArabKariKambingCoachBahar

Klik Lokasi : https://goo.gl/maps/WF1bWSp2rtDZ9WnY6

Cerita malam semalam. Semalam dilangsung di Dimpian Agro Farm ada mengadakan bacaan yassin arwah dan tahlil. Dijamu lebi...
29/01/2024

Cerita malam semalam.

Semalam dilangsung di Dimpian Agro Farm ada mengadakan bacaan yassin arwah dan tahlil. Dijamu lebih 30 dulang nasi kari kambing kepada anak-anak ni dan orang kampung. Tahniah kepada sahabat-sahabat kelab bermotor serta kelurga bersama dalam program kali ini.

Insyaallah banyak program - program seperti ini yang akan menyusul. Salah satunya adalalh program berselawat beramak-ramai mengumpulkan lebih 400 peserta yang memerlukan 100 dulang.

Buat sahabat yang mahu niat bersedekah kepada ahli keluarga yang telah pergi dulu boleh klik dilink dibawah. Saya pakai harga promosi je sedulang RM60.

Buat korang yang nak buat kenduri masjid ke, apa-apa event di sekitar muar dan batu pahat pun boleh order dengan kami.

Klik :

https://coachbaha.onpay.my/order/form/projekmadrasahnasidulang

Salam Hari Jumaat Hari ni hari ke-8. Malam tadi sampai jam 1 pagi saya meeting persediaan. Saya akui yang semalam ada ma...
25/01/2024

Salam Hari Jumaat

Hari ni hari ke-8. Malam tadi sampai jam 1 pagi saya meeting persediaan. Saya akui yang semalam ada masalah sedikit. Saya tukar sistem untuk mempercepatkan pelanggan dapat makanan. Insyaallah segala teguran kami terima dengan hati yang terbuka. Semalam lambat keluar makanan sebab ada masa puncak tu nasi terputus. Tak apa staf yang kerja semua staf baru. Belun biasa lagi.

Kalau hari ni datang saya dah setup baru. Mereka order kat kuanter terus layan diri ambil sendiri dulang mereka. Tak perlu lagi staf yang hantar. Pagi ni jam 7 pagi dah masak terus untuk 400 orang. Tak masak sikit-sikit macam semalam dan hari sebelumnya. Semalam tak dapat target 100 dulang. Kurang 8 dulang lagi seratus. Mana tahu rezeki hari ni.

Saya terharu ada yang ikhlas s**a masakan nasi dulang kari kambing coach bahar. Terubat segala kedukaan bila mereka makan lecen satu talam. Insyaallah sebenarnya saya bersedekah lebih je. Nasi dulang siap dengan kari kambing dan kambing perap sedulang harga kat luar mesti seratus lebih.

Kat sini hanya RM60. “ bos berniaga rugi je. Orang ramai tapi tak untung nak buat apa? “. Seorang dari pelanggan tegur saya semalam. Saya senyum je. Mana tahu rugi? Allah berikan dan gerakan sahabat-sahabat hadir datang menyokong saya pun sudah cukup baik.

Kalau sah stabil memang setiap hari 100 dulang boleh le saya ambil rela jaga parking. Lagi pun ada pengunjung yang masuk ke farm melalui pintu C. Sebenarnya farm ada bayaran untuk masuk. Kami akan bawa tram bawa ke 18 ekar kebun kami. Tapi setakat ni memang ada yang terlepas pandang.

Terima kasih dan mohon maaf. Puan CEO Zawiyah Saimin yang kuat beri semangat. Staf pun motivasinya tinggi sekarang ni nak capai target. Bagi sahabat yang wasap insyaallah staf saya akan jawab satu persatu ya.

Cobawin cafe dibuka setiap hari kecuali selasa. Cafe buka jam 9 pagi tapi menu nasi dulang boleh order mulai jam 11 pagi hingga habis.

Lokasi

Cobawin Cafe
D’impian Agro Farm
Kampung Sungai Belukang
Muar Johor

Pertanyaan atau tempahan : wasap.my/60182759546/NasiArabKariKambingCoachBahar

Klik Lokasi : https://goo.gl/maps/WF1bWSp2rtDZ9WnY6

Hari ni Ahad. Hari ni hari ke-6 projek nasi dulang. Semalam masih belum tercapai 100 dulang sehari. Semalam cuma dapat 5...
25/01/2024

Hari ni Ahad. Hari ni hari ke-6 projek nasi dulang. Semalam masih belum tercapai 100 dulang sehari. Semalam cuma dapat 56 dulang je. Korang tolong ekk sampai-sampaikan kat kawan-kawan.

Promosi Menu Baru Nasi Arab Kari Kambing Coach Bahar. Promosi RM60 sedulang boleh makan 4-5 orang termasuk air. Kambingnya pun sekilo. Memang rugi tapi nak cuba beri makan pelanggan. Mudah-mudahan jadi pahala. Promosi berakhir sebelum 31 Januari 2024.

Cobawin cafe dibuka setiap hari kecuali selasa. Cafe buka jam 9 pagi tapi menu nasi dulang boleh order mulai jam 11 pagi hingga habis.

Lokasi

Cobawin Cafe
D’impian Agro Farm
Kampung Sungai Belukang
Muar Johor

Pertanyaan atau tempahan : wasap.my/60182759546/NasiArabKariKambingCoachBahar

Klik Lokasi : https://goo.gl/maps/WF1bWSp2rtDZ9WnY6

Hari ni saya ke perkampungan hijrah seluas 42 ekar milik Ustazah Asma' Harun . Siapa yang follow ustazah kat sini. Saya ...
23/01/2024

Hari ni saya ke perkampungan hijrah seluas 42 ekar milik Ustazah Asma' Harun . Siapa yang follow ustazah kat sini.

Saya akan kongsikan banyak perkara dalam perkongsian saya nanti. Siapa yang nak?

Address

234 Kampung Sungai Belukang
Muar
83600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tip Bina Rumah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share