01/09/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
TAHNIAH.! KOPERASI SAFEGUARDS BERHAD RANGKUL TOP 50 WILAYAH PERSEKUTUAN & TOP 350 MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Safeguards Berhad telah berjaya mencatatkan satu pencapaian yang membanggakan apabila tersenarai dalam Top 50 dan menduduki tempat ke-44 sebagai Koperasi Terbaik daripada keseluruhan 1,223 koperasi di Wilayah Persekutuan
Pencapaian ini turut melayakkan Koperasi Safeguards Berhad tersenarai dalam Top 350 Koperasi Terbaik di Malaysia, dan berada di kedudukan ke-140 daripada keseluruhan 16,468 koperasi di seluruh negara.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B), dalam Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Wilayah Persekutuan yang telah diadakan pada 27 Ogos 2026, bertempat di Royale Chulan Damansara.
Bagi mewakili Koperasi Safeguards Berhad untuk menerima anugerah tersebut, dua orang wakil daripada barisan Ahli Lembaga Koperasi, iaitu En. Muhammad Lokhman dan Pn. Noorasikin, telah hadir ke majlis berkenaan.
Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan dan bermakna buat seluruh warga Koperasi Safeguards Berhad. Ia mencerminkan hasil daripada usaha, komitmen, dedikasi serta kerjasama berterusan daripada semua pihak dalam memastikan Koperasi terus berkembang maju dan mencapai prestasi yang membanggakan.
PENGHARGAAN KEPADA PENAUNG DAN PENASIHAT
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Penaung Koperasi Safeguards Berhad, Mr. Darmendran, serta Penasihat Koperasi Safeguards Berhad, Tuan Haji Rafizam, atas segala sokongan, bimbingan, nasihat dan kepercayaan yang telah diberikan secara berterusan kepada Koperasi.
PENGHARGAAN KEPADA PENGURUSAN DAN AHLI LEMBAGA KOPERASI
Penghargaan turut dirakamkan kepada Pengurusan Koperasi serta barisan Ahli Lembaga Koperasi, di bawah kepimpinan Pengerusi Koperasi Safeguards Berhad, Mr. Kumaraswaran, atas komitmen, kepimpinan, dedikasi dan usaha berterusan dalam memastikan Koperasi terus berkembang maju serta mencapai prestasi yang membanggakan.
TAHNIAH KEPADA SELURUH ANGGOTA KOPERASI
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan juga diucapkan kepada seluruh anggota Koperasi Safeguards Berhad yang sentiasa memberikan sokongan padu, kepercayaan dan komitmen kepada Koperasi. Sokongan dan kepercayaan daripada seluruh anggota merupakan antara asas penting yang menyumbang kepada kejayaan dan kemajuan Koperasi.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin dan sumber inspirasi kepada Koperasi Safeguards Berhad untuk terus melangkah lebih jauh, memperkukuhkan prestasi, mencapai kecemerlangan serta mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Koperasi Safeguards Berhad!
“Kejayaan Koperasi, Kejayaan Kita Bersama.”