21/04/2021
âš’âš’PROGRESS MINGGU KE- 14 âš’âš’
Pemilik : Puan Zila
Tarikh : 31/03/2021 (Rabu)
Lokasi : Kampung Nyior, Paka Terengganu
PLASTER DINDING DAN RENDER LANTAI
Plaster atau lepaan dinding boleh dijalankan selepas siap ikat bata. Seeloknya, selepas pasang atap kerana redup sedikit. Kata tukang, jika tak pasang atap dulu, panas akan buat plaster dinding retak atau merekah.
Plaster ada dua jenis, 1) kasar dan 2) licin. Kasar biasanya pada dinding sebelah luar atau dinding yang nak tile (bilik air/dapur). Bancuhan simen plaster kasar dibuat menggunakan mixer. Bancuhan adalah simen, pasir halus dan air, bancuh sampai jadi macam bubur. Plaster licin biasanya untuk ruang dalam rumah. Plaster licin dilakukan selepas plaster kasar (2 kali kerja)