18/11/2021
Buku Cerita Kanak-Kanak Siri Bebas Asap Rokok ini terdiri daripada 6 buah buku cerita yang dibangunkan hasil daripada dapatan penyelidikan The Clearinghouse For To***co Control, Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia.
Umum mengetahui tentang bahaya asap rokok namun tidak ramai yang jelas tentang kepentingan untuk menyuarakan hak mereka sebagai bukan perokok. Melalui Siri Bebas Asap Rokok ini, hasil penyelidikan dan fakta ilmiah berkaitan BAHAYA TABIAT MEROKOK dan KESAN ASAP ROKOK BASI diolah dalam bentuk cerita kanak-kanak yang lebih santai, ringkas dan mudah difahami. Di samping itu ilustrasi yang menarik dan ceria akan dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca buku ini seterusnya menggalakkan mereka menjadi ejen perubahan dengan harapan dapat membentuk generasi bebas asap rokok.
Buku cerita dalam Siri Bebas Asap Rokok ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.
BIMBANG anak anda terpengaruh dengan tabiat merokok?
RISAU dengan persekitaran anak anda yang dikelilingi mereka yang merokok?
BIMBINGlah mereka dari kecil dengan ilmu dan didikan.
Dapatkan buku edisi khas SIRI BEBAS ASAP ROKOK sebagai satu langkah untuk membantu mereka daripada terjebak dengan amalan negatif ini.
πππ»ππΌππ½ππΎππΏ
Koleksi buku cerita kanak-kanak SIRI BEBAS ASAP ROKOK
πππππππππ
Setiap buku mengandungi 20 mukasurat penuh berwarna ('softcover binding').
1set 6 judul buku:
1. HADIAH TERISTIMEWA
2. PROJEK HUSNA
3. SITI PEGI BERCUTI
4. GIGI ATUK KUNING
5. KENAPA ADI GEMBIRA?
6. AYAH, AMIN SESAK NAFAS.
πππππππππ
Boleh terus ke akaun shopee kami : https://shp.ee/scayw8t