M.S.T Engineering SDN BHD

M.S.T Engineering SDN BHD Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from M.S.T Engineering SDN BHD, Electrician, Jalan SS 2/75 , SS 2, Petaling Jaya.

TERKINI Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman ber...
24/12/2021

TERKINI

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman berkuat kuasa 25 Januari depan

Perbezaan Hak Nelayan di Malaysia dengan Nelayan di Luar Negara dalam penemuan Muntah Paus atau Ambergris. Pada tahun 20...
18/12/2021

Perbezaan Hak Nelayan di Malaysia dengan Nelayan di Luar Negara dalam penemuan Muntah Paus atau Ambergris.

Pada tahun 2016, Khalid al Sinani seorang nelayan Oman menemui 60kg Ambergris. Khalid menolak tawaran Syarikat Minyak Wangi Oman yang mahu membeli Ambergris yang ditemuinya dengan harga 21Ribu Dolar kerana Khalid tahu nilainya lebih dari itu.

Khalid menawarkan harga 2 juta Dolar bagi 60kg Ambergris yang ditemuinya dan sebuah Syarikat Terkemuka Minyak Wangi Dunia dari Peranchis membeli 60kg Ambergris dari Khalid dengan harga yang Khalid mahu selepas gambar Khalid bersama Ambergris tersiar dalam Akhbar Peranchis.

Pada tahun 2019, kisah seorang nelayan pemuda Afrika menemui Ambergris keluar dalam Berita Antarabangsa. Ambergris yang ditemui penuda Afrika itu lebih besar dan lebih berat dari yang ditemui Khalid. Kisah dan Gambar pemuda Afrika berkenaan duduk di atas Ambergris yang sebesar kereta kancil itu dihantar seorang wartawan Afrika kepada Akhbar Singapura dan meminta bantuan rakannya wartawan di Singapura siarkan kisah pemuda Afrika itu.

Pakar dari Syarikat Terkemuka Minyak Wangi Dunia pergi ke Afrika mencari si pemuda yang menemui Ambergris dan menawarkan harga beratus juta dolar untuk membeli Ambergris milik pemuda Afrika nelayan miskin itu.

Penemuan Muntah Paus atau Ambergris di Terengganu, Malaysia oleh seorang nelayan yang gambar anak perempuannya tersiar, saya tidak mahu komen panjang.

Anda baca dua kisah pemuda nelayan dari negara lain di atas dan anda tahu harga telah ditetapkan si Nelayan atas Hak Penemuan mereka. Tiada gangguan dari Kerajaan mereka kecuali dua pemuda berkenaan diminta membayar cukai yang adil kepada Kerajaan selepas berjaya menjual muntah paus yang ditemui.

Dua pemuda nelayan miskin itu dengan sabar menunggu Pakar dari Syarikat Minyak Wangi Terkemuka Dunia mengesahkan ianya Ambergris atau tidak. Walaupun sebagai nelayan, mereka sendiri adalah Pakar Penilai Pertama yang tahu jelas ianya Ambergris. Sama seperti bapa gadis Terengganu itu yang menyebut ianya Muntah Paus Ambergris dan si bapa membuat demonstrasi dengan cara membakar sedikit Ambergris atau Muntah Paus yang ditemui lalu menimbulkan bau yang sangat wangi.

Bapa gadis itu si Nelayan Terengganu adalah Pakar Penilai Pertama yang tahu ianya Ambergris. Tidak perlu PhD untuk mengesahkan secara lisan penemuan mereka kerana laut adalah kepakaran dia sebagai nelayan.

Ambergris yang ditemui gadis Terengganu itu adalah jenis kategori Earthy Brown yang disahkan Confirmed Ambergris berdasarkan rujukan Laman Web Pakar Muntah Paus ambergrisconnect.com
(rujuk gambar di ruangan komen).

Berapakah harga sebenar Ambergris?
Terpulang kepada hasil perbincangan antara Nelayan yang menemuinya dengan Pakar dari Syarikat Minyak Wangi Terkemuka Dunia yang mengemukakan tawaran harga. Kedua-dua mereka adalah Pakar Ambergris sebenar. Harga permulaan yang ditetapkan Dunia adalah 40 ribu dolar se-kilogram.

Muntah Paus atau Ambergris dibeli dengan harga yang sangat mahal oleh Pakar dari Syarikat Minyak Wangi Terkemuka Dunia kerana Ambergris mampu menjadikan minyak wangi keluaran mereka tahan lama dan mempunyai bau wangi yang unik. Syarikat Minyak Wangi Terkemuka Dunia itu kemudiannya pasti menjana keuntungan Berbillion Dolar hasil jualan Minyak Wangi Berjenama mereka.

Melihat situasi di Malaysia..
Cukuplah saya selitkan petikan dari Karya Klasik Moby Dick pada tahun 1851 tentang Ambergris. Penulis Herman Melville menulis..

"Who will think, then, that such fine ladies and gentleman should regale themselves with an essence found in the iglorious bowels of sick whale! Yet so it is."

Jika ia sememangnya hak si nelayan, Kerajaan Malaysia tidak boleh mencipta pelbagai peraturan atau menyusahkan hak Gadis Terengganu itu untuk menjualnya kepada Dunia.

Kayra, Putrajaya.



?

𝗜𝗡𝗙𝗢 𝘔𝘢𝘬𝘭𝘶𝘮𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢-𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘸𝘢𝘪𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘭𝘢 (𝘳𝘦-𝘸𝘪𝘳𝘪𝘯𝘨) .𝘗𝘢𝘴𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘸𝘢𝘺𝘢𝘳 (𝘤𝘢𝘣𝘭𝘦) 𝘥𝘪𝘵𝘶𝘬𝘢𝘳 𝘴𝘦...
06/12/2021

𝗜𝗡𝗙𝗢

𝘔𝘢𝘬𝘭𝘶𝘮𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢-𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘸𝘢𝘪𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘭𝘢 (𝘳𝘦-𝘸𝘪𝘳𝘪𝘯𝘨) .

𝘗𝘢𝘴𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘸𝘢𝘺𝘢𝘳 (𝘤𝘢𝘣𝘭𝘦) 𝘥𝘪𝘵𝘶𝘬𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘭𝘢 . 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨-𝘬𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘶𝘮𝘪𝘢𝘯 (𝘦𝘢𝘳𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨) 𝘥𝘪𝘤𝘪𝘤𝘪𝘳𝘬𝘢𝘯 .

𝗣𝗹𝗲𝗮𝘀𝗲 𝘁𝗮𝗸𝗲 𝗻𝗼𝘁𝗲 😊

alhamdulillah siap kerja-kerja penyelenggaraan relay dan pengujian (relay calibration) di bandar baru bangi
05/12/2021

alhamdulillah

siap kerja-kerja penyelenggaraan relay dan pengujian (relay calibration) di bandar baru bangi

Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.Salah seorang daripada mereka melihat g...
23/11/2021

Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.

Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu.

Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan penuh penghormatan, seraya berkata:

"Cikgu masih ingat saya lagi tak?”

Gurunya menjawab: “Tidak.”

Murid itu hairan dan bertanya lagi, "Eh, cikgu tak ingat saya?"

"Sayalah... murid yang mencuri jam tangan salah seorang kawan di dalam kelas kami tu.

"Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya.

"Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya "pencuri" dan hidup saya pasti akan hancur sepanjang hidup.

"Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan sapu tangan.

"Cikgu memeriksa poket setiap kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.

"Setelah selesai, cikgu suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing2.

Saya takut cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya.

Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.

"Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.

"Cikgu masih ingat lagi saya tak?" 😢

"Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?

😪 😢😢 Sayalah murid itu dan cerita ini adalah cerita pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya selama2nya.

Saya sangat mengagumi cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan benar, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.

Guru itu menjawab:

"Sungguh2 saya tidak mengingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya."

"Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid sebab saya sangat mencintai murid-murid saya. "

Murid tadi hanya terpana dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagumnya kepada sang guru.

Hikmah yg dapat diambil:

⚠ Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan orang lain.

Jangan memalukan seseorang hanya kerana 1 kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.

Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan.

Semoga bermanfaat.

Sesungguhnya yang benar benar mencintai sesama kita....
*Jangan sesekali ada aib mengaibkan dan cacat cela antara kita.*

==================
1st time dengar cerita begini

Ramai orang tak tahu.Ramai orang tak tahu yang sebenarnya orang berniaga ni pening kepala tiap hari.Ramai orang tak tahu...
22/11/2021

Ramai orang tak tahu.
Ramai orang tak tahu yang sebenarnya orang berniaga ni pening kepala tiap hari.
Ramai orang tak tahu ingat berniaga ni senang dapat duit banyak.
Ramai orang tak tahu yang orang berniaga tak boleh tidur malam cari cara bayar hutang.
Ramai orang tak tahu orang berniaga ni selalu kecewa.
Ramai orang tak tahu yang orang berniaga ni simpan rasa dalam hati je bila dikutuk dan dikritik.
Ramai orang tak tahu orang berniaga ni menanggis sendiri dengan selesaikan masalah sendiri.
Ramai orang tak tahu berniaga ni susah sebelum mereka masuk sendiri dalam bisnes.
Ramai orang tak tahu yang berniaga ni perlu jati diri dan kesabaran yang tinggi.
Jadi saya beritahu.
==============
Peniaga sekelian
Jangan kecil hati.
Buang kedukaan dan hilangkan kesedihan.
Teruskan melangkah kehadapan.
biarkan perlahan tapi berjalan.
Susah ini sekejap. Sukar ini sementara.
Atur langkahmu menuju kemenangan.
Ukirkan senyuman walaupun pahit. Belajarlah dari kegagalan semalam.

Address

Jalan SS 2/75 , SS 2
Petaling Jaya
47300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when M.S.T Engineering SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category