30/08/2026
Selamat Hari Kemerdekaan Ke-69 Malaysia! 🇲🇾✨
69 tahun tanah air tercinta kita berdiri megah dengan semangat perpaduan, keharmonian, dan kemajuan yang tidak pernah pudar. Daripada lipatan sejarah kemerdekaan negara hingga ke mercu tanda pembangunan moden hari ini, kebanggaan ini milik kita bersama.
Di Encorp Berhad, kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan membina ruang, komuniti, dan masa depan yang lebih baik untuk seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita terus bersatu padu, menyemarakkan rasa cinta akan negara, dan melangkah teguh demi masa depan tanah air yang gemilang.
Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka! 🌺