06/04/2026
INI ADALAH PANDANGAN JUJUR SAYA.
Boleh ambil sebagai bacaan kerana pengalaman tidak boleh anda dapatkan tanpa melaluinya.
Saya tak berapa pandai memegang kamera, edit video untuk kelihatan sebagai nama besar yang boleh dipercayai. Secara logik, kerja saya tertumpu kepada pembinaan kecil atau kerja membaiki. Hammer, simen, pasir dan yang berkaitan adalah barang yang saya gunakan hari-hari. Bukan peralatan atau perisian elektronik untuk editing konten. Jadi jika tuan-tuan nampak profile ini terlalu sederhana, ia tidak langsung mencerminkan kebolehupayaan kerja.
Sebagai orang yang mencari perkhidmatan membina atau membaiki, ukuran tuan-tuan tidak boleh lari dari melihat konten yang tersedia di media sosial penyedia perkhidmatan atau syarikat tersebut. Lebih baik editing, lebih banyak video, maka syarikat itu adalah nama besar dan boleh dipercayai. Dalam realiti, ia tidak sesederhana itu.
Pada kebanyakan situasi, saya juga dipanggil oleh mereka untuk mereka sub kerja itu. Jadi tuan-tuan, apabila nama kita kurang nampak gah, kita akan diberi sub oleh tauke. Tapi adakah sebenarnya ia di ukur dari besarnya nama atau konten berkualiti? Jika setakat itu, maka pereka konten adalah orang yang dicari apabila ingin renovate rumah. Bukan yang mahir membina.
Jadi pada hari ini, saya ingin lihat adakah benar pandangan ini.
Pada tuan-tuan yang ingin sambung rumah atau repair boleh hubungi saya.
Sambung dapur
Sambung depan
Pasang mozek
Pasang siling
Buat bumbung
Baiki dan kerja kecil
Hubungi
012-407 8975