Aircond 4 U

Aircond 4 U Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aircond 4 U, Electrician, Eco Grandeur, Puncak Alam.

Hari ini kami pasang baru penghawa dingin di rumah pelanggan.Servis dan pasang baru penghawa dingin.Sila hubungi Wan 011...
16/09/2021

Hari ini kami pasang baru penghawa dingin di rumah pelanggan.

Servis dan pasang baru penghawa dingin.
Sila hubungi Wan 01111996422❤️
http://www.wasap.my/601111996422


Adakah Anda Tercari-Cari Perkhidmatan Penghawa Dingin (Aircond) Di Kawasan Lembah Klang?Perlukan Perkhidmatan Penghawa D...
26/08/2021

Adakah Anda Tercari-Cari Perkhidmatan Penghawa Dingin (Aircond) Di Kawasan Lembah Klang?

Perlukan Perkhidmatan Penghawa Dingin (Aircond) Yang Berpengalaman?

Jika Ya, Kami Boleh Bantu Anda

Hubungi Wan 01111996422
http://www.wasap.my/601111996422

Kepada sub-kontraktor aircond, kami ada kerja yang perlu disiapkan segera , sila hubungi - Wan http://www.wasap.my/601111996422

30/07/2013

Hartanah Terkini:

PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan:
(i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun);
(ii)pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.

Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).

Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran.

Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.

Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?

Bayangkan p**a kalau ada hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?

Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400 ribu. Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang?

Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih ‘menyewa’ lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti.

Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut:

i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.

ii. Naikkan elaun perumahan untuk kump**an sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta p**a, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.

iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau.

iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.

v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal.

vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan p**a cari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’.

Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.

Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas ini...

- Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Penganalisis Politik, Pensyarah UKM

26/07/2013

Tip Hartanah Terkini:
Jika anda mahu membuat pelaburan, tetapkan di dalam fikiran anda untuk melabur dari segi kenaikan harga hartanah atau mendapat p**angan sewa yang menguntungkan.

25/07/2013

Tip Hartanah Terkini:
OBJEKTIF - Mengenal pasti objektif dan matlamat untuk beli rumah. Tujuan utama anda membeli rumah adakah untuk pelaburan atau untuk didiami?

Jangan sampai tersilap langkah kerana anda akan rasa menyesal jika tidak menetapkan objektif yang betul.

24/07/2013

Tip Hartanah Terkini:
Kenal pasti lokasi strategik yang bersesuaian kerana ia akan menjanjikan p**angan lumayan pada masa akan datang.

Contohnya, kawasan yang dihubungkan dengan lebuhraya ataupun di tepi lebuhraya. Kawasan yang berhampiran dengan stesen LRT ataupun yang bakal dibina stesen LRT yang baru juga mempunyai potensi yang cukup tinggi.

22/07/2013

Tip Hartanah Terkini:
Untuk menjamin masa depan dan melihat hasil yang menguntungkan dari pendapatan, anda mesti memperuntukkan 1/4 dari gaji untuk membayar pinjaman rumah anda.

27/02/2013

Tips memanfaatkan wang untuk pelaburan hartanah:

1. Beli rumah bukan ubahsuai rumah! 2. Ubah suai secara kecil-kecilan sahaja
3. Wang ubahsuai ‘renovation’ boleh guna buat wang pendahuluan rumah baru

24/02/2013

Masih muda?

Jika anda masih muda dan baru bekerja, anda di galakkan beli rumah untuk buat pelaburan dan mendapat keuntungan dari segi kenaikan harga rumah mahupun daripada pelaburan sewa rumah anda.

24/02/2013

70% Pembiayaan rumah ke-3 dan mengapa perlu perketatkan?

Ramai yang bertanya tentang perkara ini dan rata-rata rasa payah nak buat pelaburan hartanah bagi rumah yang ke-3 dan lebih selepas institusi perbankan telah membuat polisi ini. Keadaan susah ini berlaku kerana kebiasaanya rumah pertama kita merupakan liabilit kerana kita tinggal di rumah tersebut.

Mengapa adanya polisi ini?

Untuk pengetahuan krisis ekonomi yang melanda Amerika pada tahun 2007-2008 ialah disebabkan banyak peminjam pinjaman rumah tidak dapat membayar kembali ansuran bulanan mereka kepada pihak bank yang telah memberikan pinjaman.

Apa yang menariknya, sebelum krisis tersebut berlaku, pinjaman perumahan mudah diberikan dengan syarat kelayakan yang longgar.

Institusi perbankan negara kita sangat mengambil langkah yang sihat dimana untuk rumah ke-3 dan ke atas, anda hanya mampu membuat pinjaman sehingga 70% daripada harga jualan rumah.

Pentingnya polisi ini

Polisi ini sedikit sebanyak membantu kewangan individu dan keluarga bagi mengelakkan daripada bebanan hutang yang tinggi. Pentingnya polisi ini untuk mengelak berlakunya ‘subprime’ seperti yang terjadi krisis ekonomi di Amerika.

Kestabilan ekonomi dapat di kawal dan kurang spekulator hartanah dengan adanya kawalan ini. Cumanya mereka yang mempunyai wang tidak terikat dengan polisi ini. Mereka boleh membuat pinjaman yang tinggi walaupun mereka telah mempunyai hartanah lebih daripada 2 buah.

24/02/2013

70% Pembiayaan rumah ke-3 dan mengapa perlu perketatkan?

Ramai yang bertanya tentang perkara ini dan rata-rata rasa payah nak buat pelaburan hartanah bagi rumah yang ke-3 dan lebih selepas institusi perbankan telah membuat polisi ini. Keadaan susah ini berlaku kerana kebiasaanya rumah pertama kita merupakan liabilit kerana kita tinggal di rumah tersebut.

Mengapa adanya polisi ini?

Untuk pengetahuan krisis ekonomi yang melanda Amerika pada tahun 2007-2008 ialah disebabkan banyak peminjam pinjaman rumah tidak dapat membayar kembali ansuran bulanan mereka kepada pihak bank yang telah memberikan pinjaman.

Apa yang menariknya, sebelum krisis tersebut berlaku, pinjaman perumahan mudah diberikan dengan syarat kelayakan yang longgar, orang panggil ‘Ninja loan’ iaitu terma kepada mereka yang boleh manip**asi pembiayaan tersebut.

Institusi perbankan negara kita sangat mengambil langkah yang sihat dimana untuk rumah ke-3 dan ke atas, anda hanya mampu membuat pinjaman sehingga 70% daripada harga jualan rumah.

Pentingnya polisi ini

Polisi ini sedikit sebanyak membantu kewangan individu dan keluarga bagi mengelakkan daripada bebanan hutang yang tinggi. Pentingnya polisi ini untuk mengelak berlakunya ‘subprime’ seperti yang terjadi krisis ekonomi di Amerika.

Kestabilan ekonomi dapat di kawal dan kurang spekulator hartanah dengan adanya kawalan ini. Cumanya mereka yang mempunyai wang tidak terikat dengan polisi ini. Mereka boleh membuat pinjaman yang tinggi walaupun mereka telah mempunyai hartanah lebih daripada 2 buah.

18/02/2013

Tip beli rumah untuk pelaburan:

Jika ada dalam fikiran anda untuk buat pelaburan, jadi mesti tetapkan untuk buat pelaburan dari segi kenaikan harga hartanah atau mendapat p**angan sewa yang menjaminkan

Address

Eco Grandeur
Puncak Alam
42300

Telephone

+601111996422

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aircond 4 U posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category