05/08/2026
Ramai customer Papa tanya, kenapa dinding mereka macam gambar dibawah. Antara sebabnya yang boleh Papa cakap ialah berlakunya paip pecah di dalam dinding.
Kita tidak sedar bila ia berlaku. Kita cuma sedar bila ia menunjukkan tanda-tanda seperti cat menggelembung atau mengelupas, dinding menjadi lembap dan berkulat, simen atau plaster merekah dan tertanggal serta jubin dinding tertanggal atau berbunyi kosong.
Jika dibiarkan lama, struktur dinding juga boleh menjadi lemah.
Perlu melakukan pemeriksaan dan pembaikan paip bocor atau pecah di dalam dinding. Kerja memecahkan dinding di kawasan terlibat. Menggantikan paip yang rosak, ujian kebocoran, menutup semula dinding dengan simen, dan kerja kemasan. Antara tindakan yang Papa lakukan untuk mengatasi masalah ini.
Jika kerosakan berpunca daripada unit lain contohnya jiran tingkat atas, sebaiknya ambil gambar, video, dan buat ujian kebocoran sebagai bukti sebelum memulakan kerja. Ini penting jika pelanggan ingin membuat tuntutan atau laporan kemudian. Ataupun boleh summit segala bukti kepada pihak pengurusan bangunan supaya mereka dapat ambil tindakan pembaikan.
Sekian, dari Papa Engineering
Jemput follow page Papa Engineering untuk mendapat pelbagai info renovation dan maintenance. ๐