16/08/2025
Kenapa Boleh Jadi Kebakaran Walaupun Ada RCCB?
Mungkin kita fikir bila rumah dah ada RCCB / ELCB, Main switch semua tu dah selamat. Hakikatnya, gambar ni mengatajan sebaliknya.
Dapur ni hood hitam hangus, kipas dinding pun kesan terbakar. Kebakaran berlaku, tapi RCCB tak trip. Kenapa?
Punca utama:
* RCCB hanya lindung dari kebocoran arus ke bumi (leakage current), bukan arus lebih (overcurrent) atau litar pintas (short circuit).
* Kalau kebakaran berpunca dari overheating kabel, loose connection, atau overload, RCCB takkan berfungsi.
* Dalam gambar DB tu, RCCB yang dipasang rating 0.3A
*** (300mA) sensivity Rccb untuk perlindungan kebakaran industri, bukan perlindungan nyawa & rumah kediaman sepatutnya guna 30mA supaya bila ada sedikit kebocoran arus, terus trip.
β‘ LangkahΒ² keselamatan perlu diambil Bila Berlaku Kebakaran Elektrik Kalau nampak equipment atau wiring mula berasap atau berapi:
1. Jangan guna air kerana air konduktif dan risiko renjatan maut.
2. Matikan bekalan elektrik dari DB dengan OFF main switch atau MCCB segera.
3. Guna alat pemadam api jenis COβ atau Dry Powder yang sesuai untuk kebakaran elektrik.
4. Jangan sentuh peralatan terbakar kerana cas elektrik mungkin masih ada.
5. Selepas api padam, wajib panggil juruelektrik bertauliah untuk periksa semula semua kabel dan DB.
Nasihat saya.
- Pastikan rumah anda dilengkapi RCCB 30mA (Life Protection), bukan hanya 100mA atau 300mA.
- Guna MCB atau RCBO berkualiti untuk lindung setiap litar.
- Buat pemeriksaan wiring berkala terutama rumah lama atau yang pernah alami overheating.
- Jangan pandang ringan bau hangit, percikan kecil, atau MCB yang kerap trip kerana itu amaran awal sebelum jadi tragedi.
* Sebagai Electrician , saya dah setiap hari selesaikan masalah wiring dan setiap bulan nampak kes equipment rumah hangus hanya sebab benda kecil macam skru longgar atau salah guna RCCB.
Saya kene current pon penah. Nasib nyawa panjang je. --> (itu sebab salah saya kerana terlalu memandang rendah pads masalah atau priblen yg senang).
Bnyak owner tunggu jadi terbakar dulu baru nak call, masa call nak suruh dtg langsi je ayat.
Keselamatan keluarga lebih utama
WhatsApp Direct Link:
π² wa.me/60193140817
π Lihat kerja lain kami:
β’ website: https://sites.google.com/view/alifteamengineering
β’ YouTube Channel
https://www.youtube.com/
π Lokasi kami di Maps: https://maps.app.goo.gl/vKtfaNhFNs6r3WRT7