Pro Agro

Pro Agro Professional Orchard, Farm and Landscape Maintenance Services

Pembajaan foliar merupakan kaedah pembajaan tambahan (supplementary nutrition) dan bukan pengganti kepada pembajaan mela...
28/08/2026

Pembajaan foliar merupakan kaedah pembajaan tambahan (supplementary nutrition) dan bukan pengganti kepada pembajaan melalui tanah.

Ini kerana keperluan tanaman terhadap nutrien makro seperti Nitrogen N, Fosforus (P), Kalium (K), Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg) adalah terlalu tinggi untuk dibekalkan sepenuhnya melalui semburan foliar.

Secara fisiologi, akar merupakan organ utama pengambilan nutrien oleh tanaman. Cuma jangan ingat pemberian foliar boleh ganti pembajaan tanah.

Tetapi semasa fasa kritikal, pemberian baja melalui tanah perlu disokong dengan semburan foliar.

Ingat ya..

๐—ก๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ธ ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ต, ๐—ฑ๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—บ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต? Boleh cuba UFERT Green 15-15-15 + TE โ€” baja sebati...
28/08/2026

๐—ก๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ธ ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ต, ๐—ฑ๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—บ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต?

Boleh cuba UFERT Green 15-15-15 + TE โ€” baja sebatian berkualiti dari Rusia.

Sangat sesuai digunakan selepas musim buah untuk membantu fasa pemulihan dan membantu penghasilan daun dan pucuk baharu yang lebih sihat.

Untuk pokok durian, fasa selepas musim buah adalah masa penting untuk memulihkan semula pokok dan membina kanopi sebelum masuk ke kitaran pengeluaran buah seterusnya.

Jemput datang ke Kedai Input Pertanian Pro Agro Trading
๐Ÿ“ 15-G, Jasper Square, Bandar Sunsuria, Sepang

Mungkin ada yang tak tahu selain business kedai baja, Pro Agro juga buat part-time maintenance service sekitar Selangor ...
27/08/2026

Mungkin ada yang tak tahu selain business kedai baja, Pro Agro juga buat part-time maintenance service sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Ada juga kebun di Pahang

Selain itu, kami menyediakan khidmat rawatan pokok bermasalah seperti pokok terbantut dan pemulihan penyakit kanker, rehabilitasi pokok tua dan juga khidmat prunning.

Jika ada yang berminat boleh hubungi Pro Agro. Gambar di bawah kami maintain kebun kelapa di Jenderam Hilir.

๐Ÿฏ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด. 1. Baiki struktur tanah dengan Gypsum. Gypsum membe...
27/08/2026

๐Ÿฏ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด.

1. Baiki struktur tanah dengan Gypsum. Gypsum membekalkan kalsium (Ca) mudah larut yang boleh masuk antara partikel liat dan juga bekalkan Ca untuk hujung akar "root tip" yang akar menembusi lapisan tanah yang keras.

Dapatkan Gypsum di sini ๐Ÿ‘‡
https://my.shp.ee/25Cy9yqe

2. Tambah kompos bio-organik sebagai substrat bahan organik dalam tanah. Penguraiannya akan membentuk agregat, pertingkat porositi dan pengudaraan dalam tanah. Tanah jadi lebih gembur.

Dapatkan Kompos Bio Organik di sini ๐Ÿ‘‡
https://my.shp.ee/gnSzbERJ

3. Buat siraman Fish Amino Acid (FAA) bawah kanopi pokok pada bahagian akar aktif. FAA ini banyak mengandungi peptida yang mudah urai dan menjadi sumber makanan mikroorganisma (kulat & bakteria). FAA ibarat booster untuk mempercepatkan penguraian kompos organik, menarik pelbagai jenis mikrob datang dan ada kandungan asid amino bebas seperti proline, glutamic acid yang boleh diserap terus oleh akar.

Dapatkan FAA berkualiti disini๐Ÿ‘‡
(Digunakan pekebun champion pertandingan durian)
https://my.shp.ee/1GWh34Bw

Perlu ingat, nak merawat dan membina tanah untuk subur bukan tempoh yang sekejap. Jangan ingat tabur produk sahaja terus nampak hasil. Ia adalah proses yang agak panjang. Gypsum dan kompos bio-organik diberikan 2-3 bulan sekali pada peringkat awal. Apabila keadaan semakin pulih dan menampakan hasil, kekerapan aplikasi dikurangkan.

Sama seperti pemberian siraman FAA, pada peringkat awal kekerapan 2 minggu sekali, selepas pokok nampak bertambah baik, memadai aplikasi 1-2 bulan sekali.
Begitu lah caranya.

Baja BW Green Fastgrow sentiasa ada permintaan di Pro Agro Trading tambah-tambah apabila masuk musim panas.1. Baja semi ...
26/08/2026

Baja BW Green Fastgrow sentiasa ada permintaan di Pro Agro Trading tambah-tambah apabila masuk musim panas.

1. Baja semi organik bertindak 3 dalam 1. Menyuburkan tanah dengan kandungan mikrob dan membekalkan nutrien.

2. Mempunyai kandungan nutrien tidak terlalu tinggi, sesuai untuk tanaman sensitif seperti durian, jadi kurang risiko "overdose" yang boleh menyebabkan akar rerambut mudah kering dan "terbakar".

3. Kami bantu sediakan SOP Pembajaan. WhatsApp dan jumpa Agronomist kami di Klinik Pertanian Pro Agro setiap minggu, hari Sabtu.

Kedai Input Pertanian Pro Agro Trading
๐Ÿ“Bandar Sunsuria, Sepang

๐—ฃ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—›? ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—–๐—จ๐—•๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ž๐—”-๐—ง๐—˜๐—ž๐—œSetiap Sabtu, 8.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari, Pro Agro Trading ...
26/08/2026

๐—ฃ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—›? ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—–๐—จ๐—•๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ž๐—”-๐—ง๐—˜๐—ž๐—œ

Setiap Sabtu, 8.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari, Pro Agro Trading menyediakan Klinik Pertanian PERCUMA untuk pekebun yang perlukan pandangan berkaitan masalah tanaman.

Bawa gambar pokok, daun, buah, akar atau simptom yang anda nampak. Kami bantu kenal pasti kemungkinan punca dan cadangkan langkah seterusnya โ€” termasuk pembajaan, pemulihan tanah serta program rawatan yang lebih sesuai.

โœ… Konsultasi percuma
โœ… Boleh bincang masalah kebun secara terus
โœ… Slot Sabtu ini masih tersedia

๐Ÿ“ฒ WhatsApp kami untuk tempahan slot.
โ—๏ธJangan tunggu masalah jadi lebih serius.

Diagnosis yang betul membantu pekebun membuat keputusan yang lebih tepat.

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—–๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—ก๐—ฃ๐—ž ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎโ“Jika anda perhatikan baja NPK yang biasa digunakan oleh pekebun, kandungannya hanya...
25/08/2026

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—–๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—ก๐—ฃ๐—ž ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎโ“
Jika anda perhatikan baja NPK yang biasa digunakan oleh pekebun, kandungannya hanya terdiri daripada NPK, MgO, S dan TE.

Ini disebabkan Ca akan bertindak balas dengan Fosforus (P) lalu membentuk mendakan di dalam tanah.

Nak kuat/ menstabilkan sel akar muda?
Nak tinggikan kadar bunga lekat?
โ—๏ธJangan lupa berikan sumber Calcium (Ca) melalui kaedah baja tabur.

๐Ÿ’ฅ๐—–๐—ฎ๐—น๐—•๐—ผ๐—ฟ ๐—š๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—น๐—ฒ (๐—–๐—ฎ๐—ข ๐Ÿญ๐Ÿฎ%, ๐—•๐Ÿฎ๐—ข๐Ÿฏ ๐Ÿฎ๐Ÿญ%) - sangat sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti durian, kelapa sawit, kelapa dan semua jenis pokok buah-buahan. Calbor boleh digunakan pada peringkat pembesaran mahupun peringkat berbuah untuk membekalkan Ca dan B yang mencukupi.

Kedai Input Pertanian Pro Agro Trading
๐Ÿ“Bandar Sunsuria, Sepang

25/08/2026

Selawat dan Salam buat junjungan besar buat Nabi Muhammad SAW. Semoga cinta kepada Rasulullah sentiasa hadir dalam hati kita..

Salam Mulidur Rasul
12 Rabiulawal 1448H

๐—ก๐—ฎ๐—ธ ๐——๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ? ๐—๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—›๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐˜‚๐—น๐˜‚!1. Pertumbuhan pokok durian sebenarnya bermula di root tip โ€” hujung aka...
24/08/2026

๐—ก๐—ฎ๐—ธ ๐——๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ? ๐—๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—›๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐˜‚๐—น๐˜‚!

1. Pertumbuhan pokok durian sebenarnya bermula di root tip โ€” hujung akar muda yang aktif membesar dan mencari nutrien dalam tanah.

2. Di sinilah Kalsium (Ca) sangat penting. Ca membantu pembentukan dinding sel dan memastikan sel akar muda kekal kuat. Bila bekalan Ca tidak mencukupi, root tip boleh rosak atau mati awal menjadi kehitamanโ€” akhirnya akar kurang aktif dan pertumbuhan pokok menjadi perlahan walaupun baja NPK sudah cukup.

3. Dalam baja kimia NPK tiada elemen Ca. Jadi Ca perlu diberi berasingan dalam SOP pembajaan tanaman kita.

Masalah lain p**a, Ca sangat kurang bergerak dalam pokok. Akar baharu banyak bergantung kepada bekalan Ca yang tersedia di kawasan rizosfera (kawasan dekat akar).

4. Ada banyak sumber Ca. Apa yang berbeza adalah fungsi dan kadar keterlarutan. Sebagai contoh Dolomite @ Kapur, Gypsum, CalBor dan Calcium Nitrate.

5. Jangan abaikan nutrien Calcium dalam SOP pembajaan. Unsur Ca memang sangat diperlukan dalam setiap peringkat tumbersaran pokok dan juga semasa pokok berbuah. Pekebun wajib tahu dan pilih jenis Ca yang mana perlu guna.

6. Ada masalah di kebun? Hubungi kami untuk temujanji Klinik Pertanian Pro Agro setiap minggu, hari Sabtu. Kami bantu pekebun.

๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ž ๐— ๐—”๐—ง๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—–๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฃ ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ฆ? 1. Nak kurangkan risiko pokok tak cukup air, pastikan tanah ada cukup Humic ...
24/08/2026

๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ž ๐— ๐—”๐—ง๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—–๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฃ ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ฆ?
1. Nak kurangkan risiko pokok tak cukup air, pastikan tanah ada cukup Humic Acid supaya tanah dapat pegang air lebih dan lembap pada musim panas.

2. Ada kandungan Kalium (K) organik juga, K ni mengawal buka tutup liang stomata pada daun. Jika cukup unsur K, daun akan kurang kehilangan air.

3. Kalau pekebun part-time, tak ada pekerja tetap nak siram air, sangat sesuai aplikasi Humic Super K. Ini supaya pokok dapat harungi musim panas dan hari tanpa hujan.

4. Humic Super K ni sangat mampu milik. Hanya RM32.90 di Sh0pee Pro Agro Trading. Penggunaannya sangat membantu pada musim panas dan keadaan air kurang.

Boleh dapatkan di sini ๐Ÿ‘‡
https://my.shp.ee/igfaXaCT

5. Ada masalah di kebun? Hubungi kami untuk temujanji Klinik Pertanian setiap hari Sabtu. Kami bantu pekebun.

Address

No 15-G, Jasper Square, Jalan Sunsuria 1B/2, Bandar Sunsuria
Sepang
43900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pro Agro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pro Agro:

Shortcuts

Share