Futuristik, segar, elegan. Membina lebih 35 unit rumah dlm 3 tahun. 'We build your freedom'. BISMILLAH. TENTANG HESSA CREATIVE HOUSE
💯 Hessa Creative House menawarkan perkhidmatan pembinaan Tiny/ Big House dll binaan spt Warehouse, Homestay, Setor, Open Air Hall menggunakan sistem dan bahan pembinaan alternatif teknologi terkini yang lebih mampu milik bagi rakyat Malaysia.
❓ Kenapa membina m
enggunakan sistem dan bahan binaan alternatif seperti struktur besi, 'fibre composite seperti plank dll?
✔️ Kos lebih murah
✔️Jangkamasa pembinaan lebih pendek
✔️ Bahan pembinaan selamat, tahan lama sehingga 50 tahun jangka hayat
✔️ Bahan binaan yang ringan & futuristik menghasilkan artistik rekabentuk rumah yang nampak kasual, moden, segar, simple, minimalis & elegan
✔️ Gaya hidup seolah sentiasa bercuti di chalet dan diluar kotak
✔️ Penjagaan binaan rumah & bangunan yang lebih mudah
✔️ Tiny/BigHouse daripada bahan binaan alternatif juga sangat sesuai dijadikan homestay, rumah dusun, bilik office, bilik tambahan, setor dll mengikut keperluan empunya.
❓ Kenapa memilih HESSA CREATIVE HOUSE (HCH) sebagai teman binaan anda?
✔️KAMI MEMILIKI TINY/BIG HOUSE SENDIRI
* Kami bermula dengan 'do it the hard way' yakni membina sendiri 3 buah rumah tiny house di Telapak Solomo, Seremban Negeri Sembilan pada asalnya untuk tujuan penginapan.
* Membina untuk kediaman sendiri menjadikan kami sangat faham dan peka akan keperluan pelanggan/penginap tiny/big house dll
* Kami telah mengkaji setiap bahan binaan alternatif yang dikeluarkan oleh pengeluar dunia yang digunakan oleh pemain industri tiny house dunia serta teknik pembinaan secara mendalam.
*Pengalaman kami bina & tinggal di dalam unit bangunan ynag menggunakan sistem dan bahan pembinaan alternatif tekonologi terkini ini memberi nilai tambah yang sangat unik kepada pelanggan kami.
✔️PELANGGAN KAMI SANGAT PUAS HATI
* Projek-projek pembinaan kami sehingga ini memberikan kepuasan yang baik di kalangan pelanggan kami, mereka sejahtera dengan unit masing-masing.
* Pengalaman dan kemampuan kami menyelesaikan projek-projek pembinaan dalam jangka masa yang pendek, berkualiti, selamat pada harga yang cukup berpatutan dengan kualiti menjadi satu mercu tanda yang positif untuk para pelanggan.
* Boleh rujuk kepada testimoni para pelanggan kami di tulisan dan video yang dibuat.
✔️KAMI MEMBINA DARI A-Z
* Kami membina dari kerja-kerja pembersihan, penyediaan tanah/tapak rumah sehinggalah siap rumah, sistem perkumbahan rumah, sistem eletrikal dll. Anda tidak perlu pening kepala. Anda hanya perlu cuci kaki masuk rumah.
✔️ KAMI MEMBINA MENGIKUT SPESIFIKASI & REKABENTUK
* Kami boleh dan terbuka membina ikut reka bentuk luaran dan dalaman rumah impian anda. Kami ada model-model rumah yang boleh anda pilih sebagai rumah anda, anda juga boleh memberi kami bentuk rumah impian anda.
✔️ KAMI TIADA KOS TERSEMBUNYI
* Kami tiada kos yang tersembunyi (hidden kos). Perbincangan adalah telus, kos diperincikan dengan jelas.
* Kami mudah dibawa berbincang. Hasrat kami sedaya upaya membina unit anda mengikut kepuasan anda dan kesejahteraan anda.
* Kami effisien dan memilih bahan binaan yang terbaik sahaja untuk anda.
✔️ PASUKAN BINAAN YANG EFFEKTIF DAN MAHIR
* Pasukan pembinaan kami mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam penggunaan bahan dan teknik pembinaan alternatif dan pengalaman sehingga 30 tahun di dalam industri pembinaan.
✔️ YANG PALING PENTING! KAMI IKHLAS!
* Yang penting sekali adalah keikhlasan kami memenuhi impian anda, kesungguhan kami menyiapkan binaan anda di dalam tempoh yang ditetapkan dengan selamat serta keteluan kami di dalam faktor kos dan masa. InshaALLAH. Hubungi Puan Faznita di wassap.my/0162209829/ utk temujanji melawat showhouse di Telapak Solomo dan untuk perbincangan projek pembinaan Tiny/Big House impian anda. HARGA PEMBINAAN: Estimasi kos pembinaan yang menggunakan bahan pembinaan yang standard adalah RM160 satu kaki persegi.