22/09/2025
Assalamualaikum wbt serta
Salam Sejahtera,
BERITA BAIK BUAT SEMUA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR ELEKTRIK SERTA SYARIKAT-SYARIKAT PEMBEKAL ELEKTRIK.
JEMPUTAN KE SEMINAR ELEKTRIK DAN EKSPO KEJURUTERAAN 2025 (SEEK25) ANJURAN JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK NEGERI SEMBILAN
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
Untuk makluman pihak tuan/puan, JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Sembilan akan menganjurkan SEMINAR ELEKTRIK DAN EKSPO KEJURUTERAAN 2025 (SEEK25) pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 04 - 05 November 2025
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh Tutup : Sebelum atau pada 10 Oktober 2025
Objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para kontraktor dengan perkongsian mengenai :
>Kaedah Pemasangan Elektrik Voltan Rendah dan Sistem Perlindungan Kilat Projek
>Kaedah Pemasangan ICT dan Telefon
>Kaedah Pemasangan Sistem Lampu Jalan
>Kaedah Pemasangan Sistem Lampu Isyarat Projek Jkr
Setiap peserta yang menyertai seminar ini akan diberikan 20 mata CCD daripada CIDB. Untuk penyertaan, tuan/puan bolehlah mengisi borang form permohonan penyertaan di pautan
https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdKN8n14TH.../viewform...
Sebarang pertanyaan mengenai seminar ini bolehlah menghubungi.
( PEMPAMER )
En. Khairul / 011-35877462
Pn. Anita / 017-6841477
( PESERTA )
Pn. Aspalela / 018-3918024
Tempat adalah terhad. Peserta akan dibekalkan Buku Panduan dan Kelengkapan sepanjang tempoh Seminar.
Sekian, terima kasih.