19/04/2026
SAYANG... TAPI KENAPA BIARKAN DIA MACAM NI?
Tadi ada sorang customer datang hantar reel Gran Master ni kat bengkel Doc Reel.
Masa dia letak atas meja, dia cakap, "Doc, tolong tengokkan... reel ni dah start kasar, bunyi dia pun dah semacam."
Bila saya buka je side cover, Allahu... luruh jantung tengok main gear dia.
Nampak tak gambar pertama tu? Kerak hijau (corrosion) dah tebal macam lumut. Ini bukan setakat air masin je, tapi dah lama "terperam" lepas balik memancing tak cuci betul-betul.
Bayangkan gear yang sepatutnya berpusing licin, terpaksa bergesel dengan garam yang dah keras.
Memang pedih!
Transformasi Doc Reel
Saya ambil masa sikit, gosok perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Kita buat deep cleaning, buang segala "penyakit" yang menempel tu sampai dia kembali ke rupa asal (tengok gambar kedua).
Hasilnya? Dari bunyi 'kriek-kriek' terus jadi silent mode. Dari rasa berpasir, terus jadi smooth macam baru keluar kotak!
Nasihat saya untuk kawan-kawan pemancing:
Reel ni ibarat 'nyawa' kita kat tepi air. Jangan tunggu sampai gear dah haus atau jammed baru nak cari pomen.
Sayang kalau reel mahal-mahal tapi dalam dia dah jadi 'tukun' karat.
Korang punya reel macam mana p**a? Dah berapa bulan tak service?
Kalau rasa dah kasar atau bunyi lain macam, jangan segan-segan bawa datang Doc Reel kat Senawang ni.
Biar kami "ubat" bagi mantap balik!
JOM SERVIS SEKARANG!
Jangan sampai terlepas monster sebab reel sangkut. š
š© DM untuk tanya-tanya