NA Landscape Design

NA Landscape Design Providing extraordinary design for your outdoor and interior. We providing design and built services

Blend with the nature!!
11/06/2023

Blend with the nature!!

11/06/2023
Admin rasa nak start untuk proposed 'lush tropical ' concept pada laman-laman rumah client selepas ni.. Disamping keliha...
11/06/2023

Admin rasa nak start untuk proposed 'lush tropical ' concept pada laman-laman rumah client selepas ni.. Disamping kelihatan catik, ia juga berfungsi sebagai 'mengawal' suhu persekitaran agar sentiasa nyaman dan selesa terutamanya bagi rumah-rumah yang terletak di kawasan bandar.

NA Landscape Design.We'll transform your outdoor space with extraordinary touches and design.Do contact us on Whatsapp n...
24/02/2023

NA Landscape Design.
We'll transform your outdoor space with extraordinary touches and design.
Do contact us on Whatsapp now!
Make your home as a place for therapy!

"..Adik mancing.."!! koba eh..
17/10/2021

"..Adik mancing.."!! koba eh..

PROMOSI !! PROMOSI !!T h e  B a j o !! Penyubur tanaman anda!!Sesuai untuk semua tanaman !!100% bahan organik !!Tiada ra...
23/01/2020

PROMOSI !! PROMOSI !!
T h e B a j o !!
Penyubur tanaman anda!!

Sesuai untuk semua tanaman !!
100% bahan organik !!
Tiada racun dan bahan berbahaya !!

10KG : RM20.00
Pembelian 5 x Beg 10KG
PERCUMA 1 x Beg 10KG!!!

0126582470
0126582470
0126582470

Hujung minggu yang lalu kami berkesempatan melawat Bandaraya Ipoh,Perak. Kerana minat yang mendalam terhadap senibina ya...
27/08/2019

Hujung minggu yang lalu kami berkesempatan melawat Bandaraya Ipoh,Perak. Kerana minat yang mendalam terhadap senibina yang menggabungkan unsur vintage dan simplicity moden style telah membuatkan penulis tergerak hati untuk menulis berkaitan satu 'hot spot' di Bandaraya bekas jajahan British pada satu ketika dahulu. 'Hot spot' yang sempat kami jengah adalah di 'Plan B flea market' atau nama lainnya yang lebih dikenali dalam golongan pemain industri Landskap dan senibina 'Sekeping Kong Heng'. Jadi, jika ia adalah salah satu dari kompilasi 'Sekeping', sudah tentunya ia adalah dari air tangan Seksan ng salah seorang aktivis alam sekitar juga seorang Arkitek Landskap yang banyak membuat projek menggunakan pendekatan-pendekatan yang boleh dikatakan 'gila'.

SIMPLE DAN MENENANGKAN
Menggunakan elemen-elemen rekabentuk yang lebih mudah, tidak serabut dan yang paling menarik tiada satu pun bahagian bangunan kolonial lama ini di cat dengan cat baru yang bewarna moden. Semuanya hanya ditambah baik dengan elemen 'architecture & landscape' tidak kurang ada juga yang dibiarkan begitu sahaja.

BANGUNAN DAN POKOK
Bagi menambah impak implementasi ideanya Ng Seksan turut menggunakan kaedah penanaman yang lain dari kebiasaan. Sudah tentulah, biasanya orang tanam pokok di kawasan lapang (bagi yang tidak kenal apa itu senibina dan landskap), tapi beliau menanam pokok di lorong belakang yang sudah tentunya memiliki ruang yang terhad. Namun, impak penuhnya membuatkan penulis lupa seketika yang kita sedang berada di tengah-tengah Bandaraya Ipoh.

Tahniah kepada PBT Ipoh sudah tentunya Dewan Bandaraya Ipoh kerana telah berjaya dan berani membawa satu 'trend' baru bagi industri landskap di kawasan operasi mereka.

KESIMPULANNYA, tidak semua bangunan lama itu perlu kita runtuhkan kononnya demi kemajuan tambahan lagi bangunan kolonial yang sudah berada dikawasan itu hampir beratus tahun. Ia merupakan salah satu ikon sedia ada bandar berkenaan dan juga salah satu kesan tinggalan sejarah yang masih boleh ditatap oleh generasi akan datang. PBT sepatutnya memikirkan cara lain selain meruntuhkannya. Jika alasan kemajuan yang digunakan, Ipoh telah membuktikan yang bangunan lama seperti ini boleh dimajukan tanpa perlu meruntuhkan. Ya, memang benar jika fasad asal diruntuhkan ia boleh dibina semula. Namun, sudah tentu material dan 'finishing'nya sudah tidak lagi sama seperti bangunan asal. Jangan ambil jalan mudah.

COMPOST FERTILIZER FOR YOUR PLANTS!Baja kompos untuk kegunaan tanaman anda. Diproses menggunakan 100% bahan organik deng...
07/08/2019

COMPOST FERTILIZER FOR YOUR PLANTS!
Baja kompos untuk kegunaan tanaman anda.
Diproses menggunakan 100% bahan organik dengan jangka masa penguraian yang cukup lama bagi menjamin kualitinya.
RM20.00 untuk setiap 10KG.

RM20.00/10KG
RM20.00/10KG
RM20.00/10KG

Contact Number For Order :
NA LANDSCAPE DESIGN
0126582470
0126582470
0126582470

Penghantaran ke lokasi anda akan disediakan sekiranya pembelian dalam kuantiti pukal.

Cod area for retail :
Seremban, Kuala Pilah, Jempol, Port Dickson, Banting, Sepang, Lukut , Nilai

DESIGN FOLLOW FUNCTION vs FUNCTION FOLLOW DESIGN ?
30/07/2019

DESIGN FOLLOW FUNCTION vs FUNCTION FOLLOW DESIGN ?

C U L T U R A L  L A N D S C A P E.Cultural landscape/ landscape budaya merupakan satu cabang yang penting dalam meranca...
05/07/2017

C U L T U R A L L A N D S C A P E.

Cultural landscape/ landscape budaya merupakan satu cabang yang penting dalam merancang suatu rekabentuk landskap yang berjaya. Landskap budaya merupakan suatu bahagian di mana setiap atkitek landskap perlu meneliti perkara yang merangkumi budaya sekeliling bagi tapak yang ingin dibangunkan. Bidang ini amat penting sama ada untuk pembangunan baru ataupun pemuliharaan kawasan sedia ada. Proses seperti 'pemuliharaan' , 'pemeliharaan', 'pemasangan semula', dan 'pembinaan semula' merupakan langkah yang familiar dalam cabang ini.

Landskap budaya juga bukan hanya boleh dilihat melalui mata kasar sahaja, ia terbahagi kepada dua iaitu 'Tangible cutural' & 'intangible cultural'

Tangible cultural merupakan budaya yang boleh dilihat dan disentuh secara fizikal seperti : senibina, warna, pakaian, makanan, susunan struktur binaan dll.

Intangible cultural p**a merupakan budaya yang tidak boleh dilihat dan dirasa secara fizikal seperti: kepercayaan, pantang larang, sejarah, mistik dll.

Gabungan kedua-dua bahagian di atas serta penggunaan pendekatan yang tepat akan menghasilkan sesuatu yang amat menarik dari segi senibina landskap. Jika semua arkitek landskap mengambil berat mengenai perkara ini, budaya kita akan dapat dipelihara walaupun negara semakin membangun.

Address

Seremban
70300

Telephone

0126582470

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NA Landscape Design posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share