26/06/2024
JANGAN TERLALU BERSEDIH
Direndahkan tidak mungkin menjadi sampah disanjung tidak mungkin akan menjadi rembulan.
Maka jangan bersedih apa yang orang katakan sebab orang akan membaca diri kita dengan fahaman yang berbeza.
Terus melangkah selagi kita dijalan yang benar meskipun terkadang kebaikkan tidak dihargai.
Kita tidak perlu ribut untuk orang menyukai kita kerana sebab yang menyukai kita tidak perlu semua itu.
Sesungguhnya hidup itu bukan siapa yang terbaik tetapi tentang siapa dan siapa yang berbuat baik jadi jika dizalimi orang jangan fikir untuk membalas dendam tetapi berfikirlah cara membalas dengan kebaikan kerana Tuhan kita maha baik dan tanamkan agar orang lain mendapat kebaikan sebagaimana yang kita perolehi dari yang Maha baik.