18/06/2023
Bila kita beli barang yang banyak dari kedai hardware, adalah satu kebiasaan untuk berunding pada harga lebih rendah atau dapatkan diskaun.
Itu juga sebabnya ada kontraktor minta bayaran permulaan yang tinggi. Mahu beli bahan binaan sekali harung dengan kuantiti yang banyak.
Alasannya, kerana pemilik rumah hendak harga murah, maka dia juga perlu dapatkan harga lebih murah dari kedai logam (hardware).
Namun, adalah tidak masuk akal apabila kontraktor hendak beli bahan lekapan dan kemasan seperti cat, tingkap, pintu, jubin, dan sebagainya, yang hanya akan digunakan pada peringkat fasa 3 projek.
Ia juga akan merisikokan bahan ini rosak bila di beli awal atau hilang di tapak binaan.
Apatah lagi ianya hanya digunakan setelah progres kerja masuk sekurangnya pada peringkat kemajuan projek 70%.
Maka, bila mana kontraktor mahukan bayaran awal yang tinggi atas alasan untuk mendapatkan harga bahan binaan lebih murah, ini yang pemilik boleh lakukan untuk mengurangkan risiko kerja terbengkalai akibat kontraktor lari kerana habis modal.
1. Minta kontraktor senaraikan kerja yang dilakukan sebelum kerja-kerja lekapan dan kemasan. Ia boleh dirujuk dari sebutharga yang mengandungi perincian setiap kerja.
2. Bagi semua kerja yang kontraktor rancang untuk beli bahan binaan sekali harung bagi mendapatkan harga murah, hanya beri tidak lebih dari 70%.
Ia sepatutnya sudah memadai untuk membeli bahan binaan bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.
Baki 30% adalah untuk mereka membayar upah pekerja termasuk upah mereka sendiri kerana menguruskan semua kerja seperti dalam kontrak.
3. Berikan juga syarat bayaran adalah semua bahan binaan yang hendak dibeli ini, mestilah dihantar ke tapak projek sekurang2nya dalam tempoh 7 - 14 hari.
4. Dengan ini, risiko kontraktor lari atau hilang selepas terima bayaran hingga pemilik rumah lebur wang simpanan dapat dikurangkan.
Begitulah sedikit ilmu yang dapat digunakan oleh pemilik rumah dalam menguruskan kontraktor mereka.
Kita tidak mahu pemilik rumah terlantik Kontraktor yang gali lubang tembus lubang.
Wang bayaran yang diterima mereka, digunakan untuk membayar projek lain, membayar hutang atau menampung kos lain yang tiada kena mengena dengan projek tuan rumah.
Jangan sampai timbul galau di hati nanti bila melihat, rumah tidak siap, kontraktor bergaya dengan kereta baharu p**a.
🏢 AN CON SUPPLY
☎️ 019-635 3994
☎️ https://linktr.ee/angroupholding
🌐 https://www.facebook.com/anconsupply