04/02/2025
Sinema Rabu @ CMTHub
Mempersembahkan Sesi Tayangan dan Diskusi Dwi-Mingguan. Hab Media Kreatif & Teknologi (CMTHub), Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan menganjurkan program tayangan filem bertajuk "Silent Waters" oleh Pengarah Sabiha Sumar. Filem ini pernah memenangi anugerah Golden Leopard – Best Film; Youth Jury Award; Prize of the Ecumenical Jury semasa Locarno International Film Festival di Switzerland pada tahun 1999.
Sinopsis filem ini mengisahkan seorang ibu tunggal yang menyimpan rahsia silam berkaitan peristiwa Pembahagian India ketika 1947 menyaksikan perubahan radikal anak lelakinya. Kisah provokatif, mencengkam lagi penuh emosi ini mengambil tempat di sebuah perkampungan Punjabi di Pakistan lewat 1970-an ketika projek Islamisasi Presiden Zia-ul-Haq sedang memuncak.
Butiran sesi tayangan adalah seperti berikut:
Tarikh : 5 Februari 2025 (Rabu)
Masa : 2.00 petang hingga 5.30 petang
Tempat : Ruang Media Kreatif dan Digital CMTHub
Program ini adalah salah satu program berkala CMTHub yang dijalankan dua (2) minggu sekali pada setiap hari Rabu. Pengisian tayangan filem merupakan filem-filem terbaik yang telah dipilih atau dikuratorkan oleh Dr. Norman Yusoff, Pensyarah Kanan, Pengajian, Seni Digital dan Imejan. Dalam pada itu, selepas penayangan filem akan ada satu slot sesi bual bicara filem bagi mengupas apa yang diperolehi dapatan daripada filem tersebut.
Jam latihan bagi program ini disediakan untuk semua staf UiTM yang hadir.
TAYANGAN PERCUMA, TUJUAN PENDIDIKAN, SEMUA DIJEMPUT HADIR!