Teratak Megah Construction

Teratak Megah Construction TMC | Teratak Megah Construction
Design & Build
Architecture • Interior • Landscape

INSPIRASI RUMAH 2 TINGKAT KONSEP MINIMALISTeratak Megah Construction kontraktor komited inovasi minimalis>> FOLLOW IG : ...
22/05/2023

INSPIRASI RUMAH 2 TINGKAT KONSEP MINIMALIS
Teratak Megah Construction kontraktor komited inovasi minimalis
>> FOLLOW IG : https://www.instagram.com/teratakmegah/
>> Sebarang pertanyaan : 016-900 6038 (Encik Hamed)
Merupakan sebuah rumah yang mendekatkan penghuni mengamalkan gaya hidup santai dan minimalis. Rekabentuk rumah ini mempunyai dua ‘gable’ bagi membangkitkan lagi ‘vibes’ vernakular. Memang sesuai untuk pasangan yang berjiwa ‘clean and cut looks’ tapi masih nak kekalkan konsep vernakular tu. Selection warna white dan brown sahaja. Simple, cantik dan kemas!
Akitek: Hamish Watt Architect
Keluasan: 2200sqft
Konsep: Minimalis

INSPIRASI TERES 2 TINGKAT LOT TENGAH KONSEP KLASIK+MODEN, JAKARTAAkitek: DP+HS Architects Keluasan: 2100 sqftKonsep: KLA...
19/05/2023

INSPIRASI TERES 2 TINGKAT LOT TENGAH KONSEP KLASIK+MODEN, JAKARTA
Akitek: DP+HS Architects
Keluasan: 2100 sqft
Konsep: KLASIK+MODEN

Rumah gaya moden ‘simple’ dari sudut luar ini direka oleh DP+HS Architects di tengah bandar Jakarta Indonesia dan siap bina pada akhir tahun 2014.
Manakala di dalam rumah p**a dihiasi beberapa barang antik sedikit dimiliki oleh pemilik rumah itu dengan pelbagai bentuk pada kedudukan yang sesuai
kerana penggabungan konsep klasik+moden adalah trend terkini sesuai diterapkan pada sesetengah ruang.

Terdapat laluan masuk rumah direka menjadi koridor kecil kelihatan mejadi ruang yang hidup kerana berdekatan dengan ruang makan yang agak besar dengan hanya beberapa langkah sahaja.
Susunan ini juga membantu menyalurkan peredaran udara yang baik ketika disiang hari.
Bagi cahaya semulajadi p**a, pemilik tidak s**a ruang yang terlalu terang dan bercahaya, tetapi lebih s**a warna gelap, jadi cubaan untuk meletakkan sumber utama cahaya berskala besar ialah di laluan atas tangga,
yang merupakan bumbung kaca ‘polyglass’ yang besar, sedangkan ruang tamu dan ruang makan tidak mempunyai sumber cahaya utama lain selain itu.
Dengan strategi ini, ia dapat mengekalkan ruang itu menjadi kelihatan hidup dalam suasana yang agak gelap namun dengan cahaya semula jadi masih secara tidak langsung dalam keadaan tenang ketika waktu siang hari.

Teratak Megah Construction kontraktor komited inovasi minimalis
>> FOLLOW IG : https://www.instagram.com/teratakmegah/
>> Sebarang pertanyaan : 016-900 6038 (Encik Hamed)

INSPIRASI RUMAH TERES 3 TINGKAT KONSEP INDUSTRI+TROPIKA DI BANGSARAkitek: TWO's CompanyKeluasan: 3000 sqftKonsep: Insdus...
18/05/2023

INSPIRASI RUMAH TERES 3 TINGKAT KONSEP INDUSTRI+TROPIKA DI BANGSAR
Akitek: TWO's Company
Keluasan: 3000 sqft
Konsep: Insdustri+Tropika

Rumah teres 2 tingkat setengah yang penuh dengan unsur kehijauan pada permukaan hadapan ini direka oleh TWO's Company dengan keluasan asal 2400sqft menjadi 3000sqft di Jalan Terasek, Bangsar.
Pengubahsuaian selama 7 bulan telah mencecah sebanyak 650k termasuk kelengkapan perabot dan kekemasan pembinaan GRED B. Nilai rumah tersebut dijangka bernilai RM 2.4 juta selepas renovation kerana faktor lokasi berada di tengah bandar yang maju.

Untuk menjimatkan ruang walaupun rumah sangat kecil, kaedah penggabungan ruang diantara dapur dan ruang tamu menjadi satu ruang di tingkat kedua telah menimbulkan suasana begitu lapang dan ceria.
Kaedah begini adalah kebiasaannya paling sesuai untuk jenis rumah teres.
Ruang ini menjadi lebih menarik apabila berdekatan dapur terdapat ruang balkoni yang menerima pengudaraan secara segar boleh dilaraskan menjadi tertutup atau terbuka dengan pintu cermin 'bifoldoor' sahaja.
Rahsia rekabentuk rumah ini kelihatan lebih gah apabila penggunaan lantai kayu palet atau siling kayu diterapkan pada sesetengah ruang antaranya bilik privasi dan ruang tamu kedua di tingkat 3.

Teratak Megah Construction kontraktor komited inovasi minimalis
>> FOLLOW IG : https://www.instagram.com/teratakmegah/
>> Sebarang pertanyaan : 016-900 6038 (Encik Hamed)

INSPIRASI RUMAH BANGLO & SEMI'D MODEN+MINIMALIS ARA DAMANSARAKawasan perumahan Banglo ini bertujuan mengimbas kembali su...
17/05/2023

INSPIRASI RUMAH BANGLO & SEMI'D MODEN+MINIMALIS ARA DAMANSARA
Kawasan perumahan Banglo ini bertujuan mengimbas kembali suasana & susunan ruang gaya tradisional dahulu kala dengan gabungan rekabentuk & bahan moden.
Hasil karya yang ini direka oleh GDP Architect dan dibina oleh Pemaju Sime Darby berjaya di siap bina pada tahun 2013.
Kedua-dua nama adalah syarikat terkemuka di Malaysia, maka tak mustahil hasil pembinaan mereka adalah sangat mengkagumkan.
Kawasan ini dikelilingi oleh landskap yang indah dan persekitaran yang tenang kerana ia adalah persekitaran yang mesra alam.

Terletak di dalam tanah pegangan bebas 28.5 ekar, Seri Pilmoor terdiri daripada 74 bungalow bergaya kontemporari dan 34 rumah berkembar separuh yang mempunyai ruang depan yang luas dan latar belakang peribadi.
Setakat ini, minat tersebut adalah dari rakyat tempatan Malaysia yang berminat sama ada tinggal di situ atau membeli sebagai pelaburan.

Daripada keseluruhan tapak 28.5 ekar ini, hanya 54% yang hanya boleh dijual, bakiya p**a diperuntukkan untuk landskap yang subur.
Pokok-pokok ditanam adalah pokok hutan sahaja supaya mencontohi hutan semula jadi dan bukannya jalan raya bandar.
Apabila seseorang mencapai pintu masuk pembangunan, seseorang disambut oleh konservatori kenyataan dengan penuh kehijauan gaya moden tropikal.
Di samping itu, tidak ada jalan setapak sampingan kerana pejalan kaki berkongsi jalan dengan kenderaan, mengurangkan jumlah turapan keras.

Akitek: GDP Architect+Sime Darby
Keluasan: 28.5 ekar development
Konsep: Moden Minimal

Teratak Megah Construction kontraktor komited inovasi minimalis
>> FOLLOW IG : https://www.instagram.com/teratakmegah/
>> Sebarang pertanyaan : 016-900 6038 (Encik Hamed)

INSPIRASI RUMAH TERES 2 TINGKAT KONSEP ENGLISH MODEN DI SUBANG JAYASekali pandang nampak biasa, kali kedua pandang meman...
17/05/2023

INSPIRASI RUMAH TERES 2 TINGKAT KONSEP ENGLISH MODEN DI SUBANG JAYA
Sekali pandang nampak biasa, kali kedua pandang memang RARE. Penggabungan konsep English klasik + Moden contemporari pada rekabentuk rumah ini
diilhamkan oleh Arkitek DCA: Design Collective Architects dengan keluasan 22'×75' di ss17 subang jaya, Selangor.

Pengubahsuaian rumah ini dianggarkan 90% berubah dari dalam dan luar sehingga kos pembinaannya juga mencecah 650k termasuk perabot.
Nilai renovation memang mengejutkan kita tetapi kualiti bahan pembinaan GRED A pada setiap aksesori dalam rumah menjadi pilihan utama bagi pemilik rumah tersebut.

Rekabentuk hadapan rumah di kekalkan kecuali bahagian lanskap dan pagar rumah sahaja, tetapi penggunaan warna putih 'cream' dan kelabu halus.
Setiap susun atur ruang dalaman di tingkat bawah dan atas ialah konsep terbuka supaya kelihatan lebih luas dan lebar.

Akitek: Design Collective Architects
Keluasan: 1650 qft
Konsep: Moden English

Teratak Megah Construction kontraktor komited inovasi minimalis
>> FOLLOW IG : https://www.instagram.com/teratakmegah/
>> Sebarang pertanyaan : 016-900 6038 (Encik Hamed)

INSPIRASI TERES 2 TINGKAT SETENGAH KONSEPT MODEN DI HARTAMASBiarpun nampak petak dari luaran, tapi hasil rekaan yang men...
11/05/2023

INSPIRASI TERES 2 TINGKAT SETENGAH KONSEPT MODEN DI HARTAMAS
Biarpun nampak petak dari luaran, tapi hasil rekaan yang menarik mampu menandingi rumah jiran anda, walaupun ‘simple’.
Bukan ruang yang sangat luas ialah penting, tetapi kreativiti & cara menggunakan ruang yang menjadi keutamaan.
Rumah 2 tingkat setengah lot tengah diubahsuai hampir 90% siap bina pada akhir tahun 2014 di Sri Hartamas, Kuala Lumpur dengan keluasan pembinaan mencecah 2000 sqft .
Direka Sheshan Design bersama jurubina Trisac Sdn Bhd yang mampu mengubahsuai ruang yang sempit menjadi ruang lebih luas dan ada fungsinya.
Terdapat juga idea siling yang dipasang sangat tinggi di tingkat satu supaya menerima pencahayaan semula jadi yang banyak.

Rumah itu pada asalnya merupakan unit dua tingkat dengan keluasan binaan kira-kira 2,100 kaki persegi,
tetapi ia telah diubahsuaikan menjadi rumah dua setengah tingkat dengan keluasan 2,000 kaki persegi
tapak rumah itu dikurangkan untuk mengekalkan bajet yang ketat, tetapi rumah itu jauh dari kecil kerana kami banyak bermain dengan ketinggian.
Walau bagaimanapun, banyak warna dan tekstur diperkenalkan melalui perabot dan hiasan, memberikan keperibadian rumah dan sentuhan bohemian.

Akitek: Sheshan Design + Trisac Sdn Bhd
Keluasan: 2100sqft
Konsep: Moden Minimal

Teratak Megah Construction kontraktor komited inovasi minimalis
>> FOLLOW IG : https://www.instagram.com/teratakmegah/
>> Sebarang pertanyaan : 016-900 6038 (Encik Hamed)

INSPIRASI RUJUKAN TERES 2 TINGKAT KONSEP MODEN KONTEMPORARI DI DAMANSARA'From nothing to Something', inilah gambaran seb...
11/05/2023

INSPIRASI RUJUKAN TERES 2 TINGKAT KONSEP MODEN KONTEMPORARI DI DAMANSARA
'From nothing to Something', inilah gambaran sebuah rumah lama di pesat bandar berjaya transformasi dengan suntikan moden kontemporari diilhamkan oleh jurureka muda dari Yong studio Sdn Bhd.
Rumah yang berumur puluhan tahun juga mampu berubah lebih bergaya berbanding dengan jiran rumah kita jika anda pilih untuk menaikkan taraf imej rumah anda. Begitu juga dengan kita,
walaupun usia kita meningkat, jika kita pilih untuk 'upgrade', maka tiada siapa mampu menghalang matlamat anda.
Penggunaan warna putih pada bahagian permukaan rumah adalah simbolik yang menggambarkan imej suci & harmoni.
Penggunaan pagar dawai dari tingkat atas hingga ke tanah dapat menggantikan gril pada tingkap atau pintu kerana dawai besi ini memang direka khas untuk penggunaan lanskap & keselamatan.

Akitek: Yong studio Sdn Bhd.
Keluasan: 2100 sqft
Konsep: KONTEMPORARI

Teratak Megah Construction kontraktor komited inovasi minimalis
>> FOLLOW IG : https://www.instagram.com/teratakmegah/
>> Sebarang pertanyaan : 016-900 6038 (Encik Hamed)

INSPIRASI RUMAH TERES KONSEP MODEN KOLONIAL+KLASIK DI SINGAPORELuahan client “Rumah dah baru, renovate dalam dan luar ha...
10/05/2023

INSPIRASI RUMAH TERES KONSEP MODEN KOLONIAL+KLASIK DI SINGAPORE
Luahan client “Rumah dah baru, renovate dalam dan luar habis beratus ribu, tapi still nampak ganjil dan biasa”. KENAPA? Jawapannya mudah cuma penerimaan kita agak susah.
2 perkara sahaja client kerap hadapi masalah kritikal begini iaitu Pertama, Bahagian luar kita abaikan design FASAD (permukaan) yang sesuai iaitu bahagian hadapan dan tepi rumah.
Kedua, bahagian dalam p**a keserasian bahan pada permukaan dinding dan lantai sahaja pun tak merujuk panduan jurureka,
oleh itu bagaimana kita nak teruskan penggunaan aksesori rumah yang lain-lain dengan citarasa yang sesuai?

Contoh menarik yang mampu memberi inspirasi kita semua ialah rumah teres 2 tingkat ini direka oleh arkitek Kee Jing Zhi di Singapore Macpherson,
beliau mengutamakan fasad dengan menggunakan “vent brick” iaitu batu angin menjadi aksesori penghadang bahagian hadapan dan tepi permukaan rumah.
Kebaikan idea ini mampu menerima angin semulajadi secara banyak kedalam rumah
Tempoh siap ubahsuai mengambil masa setahun dan siap pada akhir tahun 2014 dengan keluasan 3660sqft di Singapore.
Selain itu, “roofglass” iaitu bumbung kaca menjadi pilihan utama berada di keliling sisi bangunan untuk mengelak dari tempias hujan ketika pemilik bersantai.

Akitek: Kee Jing Zhi Architect
Keluasan: 3660sqft
Konsep: Kolonial+Klasik

Teratak Megah Construction kontraktor komited inovasi minimalis
>> FOLLOW IG : https://www.instagram.com/teratakmegah/
>> Sebarang pertanyaan : 016-900 6038 (Encik Hamed)

INSPIRASI RUMAH TERES KONSEP MINIMALIS, SINGAPURASekali pandang rumah ini Nampak macam kecil, tetapi dengan sentuhan ark...
10/05/2023

INSPIRASI RUMAH TERES KONSEP MINIMALIS, SINGAPURA
Sekali pandang rumah ini Nampak macam kecil, tetapi dengan sentuhan arkitek hasil selepas renovation rekabentuk rumah teres lot tengah 2 tingkat ini kelihatan lebih luas jika diperhatikan dengan lebih teliti kerana konsep lapang dan minimalis diterapkan pada setiap ruang dan setiap rekabentuk perabut serta permukaan dinding.

Jika kita lihat didalam rumah p**a, penggunaan warna kelabu iaitu bahan simen render, warna putih adalah cat dinding dan yang terakhir warna kayu yang sederhana, ia adalah 3 ton warna yang paling mudah untuk selarikan setiap waran perabot yang bakal masuk didalam rumah. Pemilihan idea ini yang disyorkan oleh arkitek menghasilkan imej dalam dan luar rumah menjadi lebih bergaya dan mewah.

Teratak Megah Construction kontraktor komited inovasi minimalis
>> FOLLOW IG : https://www.instagram.com/teratakmegah/
>> Sebarang pertanyaan : 016-900 6038 (Encik Hamed)

INSPIRASI KONSEP RUMAH MODEN+URBAN INDONESIA‘Solid, clean and sharp’ pada bentuk fasad rumah inilah yang menjadikan lebi...
10/05/2023

INSPIRASI KONSEP RUMAH MODEN+URBAN INDONESIA
‘Solid, clean and sharp’ pada bentuk fasad rumah inilah yang menjadikan lebih unik dan menyerlah berbanding rumah jiran anda. Nama rumah ini dinamakan CJ HOUSE di Indonesia dengan keluasan tapak binaan 230 m² adalah hasil karya dari Arkitek Ruangrona yang siap bina awal tahun 2020.

Akitek: Ruangrona
Keluasan: 230m²
Konsep: Minimal Architecture

Teratak Megah Construction kontraktor komited inovasi minimalis
>> FOLLOW IG : https://www.instagram.com/teratakmegah/
>> Sebarang pertanyaan : 016-900 6038 (Encik Hamed)

INSPIRASI TERES 2 TINGKAT SETENGAH PJ KONSEP MODEN URBANGaya Bandar yang terkini dan Rekabentuk sederhana berjaya “renov...
10/05/2023

INSPIRASI TERES 2 TINGKAT SETENGAH PJ KONSEP MODEN URBAN

Gaya Bandar yang terkini dan Rekabentuk sederhana berjaya “renovate” direka dan mendapat sentuhan daripada arkitek muda Fabian Tan iaitu rumah jenis semi-D 2 Tingkat seluas 2700.0 ft2 (60’ x 90’) di Petaling jaya yang boleh menjadi ikutan trend moden terkini. Beliau berhasil memenuhi kehendak kliennya yang mahukan “barn look” iaitu rekabentuk rumah yang berada di ladang tetapi diubahsuai dengan gaya moden yang begitu gah. Antara caranya ialah menggunakan batu blok bewarna kelabu jenis modular sebagai permukaan “fasad” serta struktur pada bahagian luar rumah. Keunikkan rumah ini menjadikan bapak cantik kerana bumbung parkir nampak sangat luas dan mampu memuatkan 3 biji kereta dengan hanya menggunakan “slab roof” iaitu bumbung berbatu sahaja. Rekaan inilah adalah satu-satunya paling serasi dengan rekabentuk rumah. Bumbung parkir ini juga mempunyai laluan tangga dan “ramp” yang menuju terus ke pintu utama rumah.

Akitek: Fabian Tan Architect
Keluasan: 2700 sqft (60’ x 90’)
Konsep: Barn Architecture

Teratak Megah Construction kontraktor komited inovasi minimalis
>> FOLLOW IG : https://www.instagram.com/teratakmegah/
>> Sebarang pertanyaan : 016-900 6038 (Encik Hamed)

Hi! We are a committed design and build contractor based in Shah Alam. We change your dream house become reality 😊
08/05/2023

Hi! We are a committed design and build contractor based in Shah Alam. We change your dream house become reality 😊

Address

26A, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Telephone

+60169006038

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teratak Megah Construction posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Teratak Megah Construction:

Share

Category