13/07/2025
Disiplin berfikiran jelas.
Dulu kami fikir hanya solat dhuha dan membaca zikir itu pembuka pintu rezeki. Dulu juga kami fikir, rezeki itu hanya apabila ada wang, gaji yang besar, banyak tender yang masuk, banyak simpanan di bank, banyak aset seperti kenderaan, tanah, rumah, kesemuanya soal harta dan kekayaan.
Setelah mencari dan mengetahui lebih mendalam apa makna rezeki dalam Islam, ternyata kami tersasar besar.
Ternyata, langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu, itu adalah rezeki.
Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjemaah di masjid, adalah rezeki.
Hati yang Allah S.W.T jaga jauh dari iri, dengki, fitnah dan kebencian adalah rezeki.
Ada teman yang soleh solehah dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.
Ketika ujian datang penuh getir penuh kesusahan dibantu Allah S.W.T, itu juga rezeki.
Mempunyai orang tua yang sakit, ternyata itu adalah rezeki, kerana ianya adalah merupakan ladang amal pembuka pintu syurga bila kita ikhlas mengurusnya.
Tubuh yang sihat, adalah rezeki. Bahkan apabila diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah penggugur dosa.
Dan mungkin akan ada jutaan senarai lainnya bentuk rezeki yang kita tidak sedari.
Suami Isteri dan anak- anak sihat itu rezeki,
Anak- anak pembelajarannya lancar dan cerdik itu rezeki. Hidup aman bersama sama jiran tetangga tanpa berselisih itu rezeki.
Apa yang harus kita waspada ialah ketika hidup kita cukup, penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah S.W.T yang belum mampu atau tidak kita tunaikan. 😔
Mari sebarkan kebaikan dan nikmati rezeki yang Allah S.W.T amanahkan kepada kita.
ۚﻭَﻣَﺎ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَٰﻊُ ٱﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ
Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
(Al- Hadid - 57:20)
Berkongsilah ilmu walaupun satu huruf.
آمــــــــــــــــــين آمينَ آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Abang aircond HAE.
HAIQAL AIRCOND AND ELECTRICAL
wasap.my/60172752130