Perkhidmatan Pendawaian Elektrik , Aircond & Cctv Selangor Dan Kuala Lumpur

Perkhidmatan Pendawaian Elektrik , Aircond & Cctv Selangor Dan Kuala Lumpur Pasang Lampu,Pasang Kipas, Pasang Soket Plug, 24 Jam
019-2544197
(1)

Servis Wiring Elektrik , Pendawaian Elektrik, Wiring Rumah, Wiring Pejabat, Wiring Kedai, Troubleshooting Masalah Elektrik Trip Litar Pintas, Tukar DB , Upgred DB Single Phase & Three Phase.

27/06/2026

Ramai Buat InI Tanpa Sedar:

❌ Mitos: MCB selalu trip sebab MCB rosak. ✅ Fakta: Selalunya MCB trip kerana beban berlebihan, litar pintas, atau kebocoran arus. MCB juga boleh rosak, tetapi itu bukan punca utama.
❌ Mitos: Lagi tebal kabel, lagi jimat elektrik. ✅ Fakta: Kabel perlu dipilih mengikut saiz beban dan pemasangan mengikut stardart ST. Kabel yang terlalu besar tidak semestinya mengurangkan bil elektrik.
❌ Mitos: Extension plug boleh disambung banyak-banyak. ✅ Fakta: Menyambung beberapa extension plug secara berturutan boleh menyebabkan beban berlebihan dan meningkatkan risiko terlalu panas serta mudah kabel jadi short.
❌ Mitos: Lampu LED tak pernah rosak. ✅ Fakta: LED tahan lebih lama berbanding mentol biasa, tetapi masih boleh rosak akibat haba, lonjakan voltan, atau kualiti produk.
❌ Mitos: Soket yang longgar tak berbahaya. ✅ Fakta: Soket longgar boleh menyebabkan percikan api dan haba berlebihan, jadi elok diperiksa dan diganti jika perlu.
❌ Mitos: Kalau tiada renjatan, pendawaian mesti selamat. ✅ Fakta: Pendawaian yang rosak boleh kelihatan normal tetapi masih berisiko menyebabkan kebakaran atau kerosakan peralatan dan juga yang seram adalah renjatan.
❌ Mitos: Bil elektrik naik hanya sebab penghawa dingin. ✅ Fakta: Banyak faktor mempengaruhi bil elektrik, termasuk tabiat penggunaan, kesalahan pendawaian, kecekapan peralatan, jumlah peranti yang digunakan dan lain lain.
❌ Mitos: Semua surge protector sama. ✅ Fakta: Tahap perlindungan berbeza mengikut spesifikasi dan kualiti produk.
❌ Mitos: Kipas siling yang perlahan mesti rosak. ✅ Fakta: Puncanya boleh jadi kapasitor lemah, voltan rendah, atau kipas memerlukan servis.
❌ Mitos: Kalau lampu berkelip, cuma perlu tukar mentol. ✅ Fakta: Selain mentol, puncanya boleh datang daripada sambungan longgar, suis, atau masalah pada litar. Jika berterusan, dapatkan pemeriksaan oleh juruelektrik.
❌ Mitos: DB baru atau DB lama tak perlu check sebab belum terbakar atau trip. ✅ Fakta: DB perlu diperiksa wireman bertauliah secara berkala, sebelum terjadi perkara buruk.
❌ Mitos: Upgrade kepada 3 phase meter dan DB dapat menjimatkan elektrik. ✅ Fakta: Upgrade 3 phase meter dan DB adalah untuk menampung amp yang tinggi beban load, serta dapat menampung jumlah point yang banyak.
❌ Mitos: Main earthing dalam tanah dan kabel pergi DB tak perlu check. ✅ Fakta: Main earthing terutamanya yang sudah berusia banyak tahun sebenarnya perlu di periksa serta di test earthing ohm untuk mengelakkan lebihan voltan yang tunggi masuk ke dalam rumah terutamanya apabila kilat.

Address

Shah Alam
41050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkhidmatan Pendawaian Elektrik , Aircond & Cctv Selangor Dan Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perkhidmatan Pendawaian Elektrik , Aircond & Cctv Selangor Dan Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share

Category