BSSale&ServiceEnterprise

BSSale&ServiceEnterprise Menservis,,Memasang,,Membaikpulih peralatan elektrik

tengah malam pown
25/11/2021

tengah malam pown

DIRGAHAYU TUANKU
08/06/2020

DIRGAHAYU TUANKU

Salam 17 Ramadhan
10/05/2020

Salam 17 Ramadhan

SALAM MAULIDUR RASUL 1441 HSelawat dan salam ke atas Nabi Junjungan kita, Muhammad S.A.WNegara Rahmah, Ummah Sejahtera
09/11/2019

SALAM MAULIDUR RASUL 1441 H
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan kita, Muhammad S.A.W
Negara Rahmah, Ummah Sejahtera

Tips ringkas aircond (tengok simbol)Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode....
07/07/2019

Tips ringkas aircond (tengok simbol)

Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji.

Untuk penjimatan tenaga yang efisen, kami galakkan korang gunakan dry mode kerana untuk mod ini kompressor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.

Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting korang pun tak mudah selesema..

Cubalah.

21/05/2019

Siapa pernah mengalami Micro Sleep???

Micro sleep adalah keadaan di mana kita akan tertidur untuk beberapa saat hingga 30 saat tanpa kita sedari. Micro sleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ianya sangat membahayakan diri dan keluarga yang bersama-sama kita. Ketika memandu kita paksa diri kita dan ingatkan kita masih sedar sedangkan rupanya kita dah terlelap beberapa saat!

Micro sleep ini juga terjadi pada waktu tertentu sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.

Simptom-simptom micro sleep
• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus

Faktor berlakunya micro sleep
Paling utama berlakunya micro sleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.

Jadi kalau rasa anda perlu memandu jauh pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar dilokasi yang selamat atau minum kopi panas di kawasan rehat dan rawat sepanjang perjalanan anda.




-hatidalamperjalanan

16/05/2019

`SELAMAT HARI GURU`

Ganjaran Berganda Untuk Guru

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2. Orang yang mengajak, membimbing, menasihat, mengajar seseorang agar melakukan perkara kebaikan, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mana yang didapati oleh orang yang belajar dan beramal.

3. Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.

4. Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Sempena Hari Guru, ayuh kita menjadi guru yang mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain seperti, pelajar, ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat.

Guru , Obor hemah, menerangi pertiwi

Marilah kita merebut peluang membuat simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan mendidik, mengasuh dan mengajar orang lain kepada kebaikan mengikut cara *Baginda Nabi Muhammad SAW*
insha Allah

*SELAMAT HARI GURU*

Address

Simpang Ampat
02700

Telephone

0175810963

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSSale&ServiceEnterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share