17/08/2026
LEMBAGA AIR PERAK WILAYAH TENGAH II
(DAERAH MANJUNG)
NOTIS MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN AIR DISEBABKAN PARAS AIR SUNGAI RENDAH DAN AIR MENTAH TIDAK MASUK KE INTAKE LOJI RAWATAN AIR KG. PALOH.
Sumber utama air sungai ke Loji Rawatan Air (LRA) Kg. Paloh telah berkurang dan tidak dapat membekalkan air yang cukup kepada pengguna. Oleh yang demikian, pengguna-pengguna bekalan air di kawasan-kawasan berikut adalah diberitahu bahawa bekalan air akan mengalami tekanan rendah disebabkan LRA Kg. Paloh tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Di samping itu, bekalan dari Loji Rawatan Air (LRA) Teluk kepayang terpaksa membantu bekalan LRA Kg. Paloh bagi memastikan kawasan yang terjejas mendapat bekalan dalam keadaan stabil. Pihak LAP sedang dalam usaha untuk meningkatkan semula kuantiti air sungai yang masuk ke 'intake' LRA Kg. Paloh. Keadaan ini dijangka akan pulih secara berperingkat bermula pada awal November 2026 apabila kerja-kerja menaiktaraf LRA Kg. Kepayang dijadualkan siap sepenuhnya pada hujung Oktober 2026. Dipohon agar pengguna membuat persediaan dengan menyimpan air secukupnya dan menggunakannya secara berhemah
KAWASAN TERLIBAT: SELURUH KAWASAN
1. AYER TAWAR
2. SUNGAI WANGI
3. KG. ACHEH
4. SITIAWAN
5. LEKIR
6. SERI MANJUNG
7. TNBJ
8. LUMUT
9. TLDM
10. VENICE OF PERAK
11. PULAU PANGKOR
12. PANTAI REMIS
13. SEGARI
P/S: Pengguna-pengguna air di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya bagi keperluan dan menjimatkan air sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Segala kesulitan amat dikesali.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi LAP Careline di 15353.
Segala kesulitan amat dikesali.
Sekian, terima kasih.