27/05/2026
𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 🌙✨
Sempena Hari Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah dan sambutan Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amal ibadah dalam merebut keberkatan hari-hari terbaik di sisi Allah SWT.
Bagi para jemaah haji yang sedang menunaikan ibadah wukuf di Padang Arafah, semoga dikurniakan haji yang mabrur serta dipermudahkan segala urusan ibadah.
Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, marilah kita menghayati semangat Aidiladha melalui ibadah korban, keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Semoga Aidiladha ini menjadi medan untuk kita memperkukuhkan iman, memperbaiki diri serta mengeratkan silaturahim sesama insan.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.
Maaf zahir & batin. 🤍