20/04/2023
APA ITU IBS ❓
IBS adalah singkatan dari Industry Buiilding System atau bahasa melayunya Sistem Bangunan Industri.
Ia adalah komponen struktur binaan utama seperti tiang, rasuk, dinding, lantai, blok, kerangka-kerangka yang disediakan di kilang.
Dalam industri binaan, komponen ini dikenali sebagai komponen prasiap atau precast.
Komponen ini hanya perlu dihantar ke tapak projek untuk dipasang oleh kontraktor IBS yang terlantik.
Ia menggantikan teknik proses binaan tradisional dimana semua komponen ini dibuat ditapak kerja.
➖➖➖➖➖➖➖➖
JOM KETAHUI SEJARAH TENTANG IBS 🤩
Sejarah IBS di Malaysia bermula pada awal tahun 60an apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tertarik dengan kaedah pembinaan perumahan di Eropah ketika melakukan lawatan rasmi disana.
IBS pertama kalinya digunakan di Malaysia pada tahun 1964 untuk projek membina Flat Tuanku Abdul Rahman, di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Flat ini juga dikenali sebagai Flat Pekeliling. Ia terdiri dari 7 blok flat 17 tingkat setiap satunya, mengndungi 3000 unit rumah kos rendah dan 40 unit lot kedai.
Tempoh binaannya hanya 27 bulan sahaja menggunakan kaedah IBS.
Flat-flat ini dirobohkan secara berperingkat bermula pada tahun 2006 bagi memberi laluan projek pembangunan lain.
Pada tahun 2008 p**a, Kerajaan Malaysia telah menetapkan setiap projek kerajaan menggunakan 70% kandungan IBS. Maka selepas itu banyaklah kilang IBS didirikan.
Sistem ini p**a pada waktu ini hanya boleh dipasang oleh kontraktor yang dilantik sahaja.
Dalam industri binaan, selain kaedah IBS, kaedah tradisional masih lagi digunakan. Pemilihan kaedah bergantung kepada bajet, masa, lokasi dan desain yang diinginkan.
Begitulah sedikit perkongsian mengenai IBS. Moga dapat beri sedikit pencerahan kepada sahabat yang bukan dari industri ini.