05/06/2024
Kita mungkin biasa dengar atau diberitahu oleh Technician Aircond, bahawa aircond back to back adalah lebih bagus. Sebab katanya, jarak paip copper pendek, maka aircond beroperasi dengan lebih efektif dan lebih sejuk. Rasionalnya, gas penyejuk (refrigerant) tak perlu travel jauh, maka aircond lebih sejuk berbanding guna paip copper panjang. Paling Best Yang Kita Nak dengar, Tak perlu bayar sebarang penambahan Paip Copper Perkaki tu..
Sekiranya Kita merujuk pada manual ada disebut tentang isu panjang paip copper aircond. Jarak MINIMUM paip copper sepatutnya 10 kaki. Tak boleh kurang. Ini untuk mengelakkan isu getaran (vibration) dan isu kebisingan dari outdoor unit.
Tetapi sekarang kalau kita perasan, sudah ada kontraktor pemasangan aircond yang hanya beri 6 kaki copper. Selebihnya, kena bayar mengikut berapa kaki tambahan.
Sedangkan dulu dulu, kebanyakan pakej yang diberi adalah 10 kaki copper. Lebih dari sepuluh kaki barulah tambah bayaran per kaki.
Maknanya pakej 6 kaki ini tak ikut spec dari pengilang (manufacturer). Sepatutnya minimum 10 kaki copper diberi oleh kontraktor dalam pakej pemasangan. Jarak MAKSIMUM copper p**a adalah 25-30 meter - bergantung kepada jenama.
Satu lagi isu, adalah lokasi pemasangan indoor dan outdoor unit.
Dalam manual, indoor unit hendaklah pada jarak 3 inci dari siling. Outdoor unit p**a hendaklah sekaki dari siling. Maknanya outdoor unit perlu LEBIH RENDAH dari indoor unit. Bukan lebih tinggi.
Tolong Jangan Kecam Saya.. Saya hanya kebetulan baca Manual dan nak berkongsi maklumat sahaja. Terima Kasih
☎ Call / SMS / WhatsUp : Rizuan
http://www.wasap.my/60133065916