22/02/2022
Tanaman dan tumbuhan bukan sekadar penyeri laman dengan hijauan yang menenangkan mata, malah boleh juga dijadikan alternatif sumber makanan sekiranya diperlukan.
Konsep penanaman domestik yang lebih dikenali dengan istilah "Mini Garden" semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Antara faktor penyebab adalah kenaikan harga barang, status bekerja dari rumah dan kesedaran terhadap sekuriti makanan.
Walaubagaimanapun, tidak semua orang dibekalkan dengan ilmu bercucuk tanam dan bukan mudah untuk menguasai setiap cabang kemahiran yang kritikal dalam kegiatan pertanian. Melainkan pengusaha-pengusaha ladang tanaman yang sudah bergenerasi berkecimpung dalam bidang ini.
Dalam menyelesaikan persoalan ini, satu solusi medium penanaman yang bersifat universal, mudah digunakan , dan kos murah adalah sangat perlu dalam membantu penggiat baru "Mini Garden".
Dari inisiatif itu, saya berusaha untuk memperkenalkan tanah baja yang serba lengkap dengan campuran tanah hitam kelapa sawit, tanah topsoil, serbuk dandang, dolomite, sekam bakar, sabut, cuka kayu dan ibu baja. Kesemua elemen ini boleh memberikan nutrien terbaik untuk tanaman kita.
Dalam edisi akan datang, saya akan cuba memerihalkan dengan lebih jelas berkaitan setiap bahan-bahan campuran dan kesannya terhadap tumbuhan.
Untuk pesanan dan pertanyaan, boleh hubungi saya Direct Message atau https://wa.me/60139334940?text=tanahbaja.
Terima kasih sudi membaca
Si Penjual Tanah Baja