29/09/2026
egmegah.my
𝟮𝟵 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔 𝗘𝗚 𝗠𝗘𝗚𝗔𝗛 𝗛𝗢𝗟𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗗𝗡. 𝗕𝗛𝗗. 𝗞𝗘 𝗠𝗨𝗧𝗜𝗔𝗥𝗔
MUTIARA Mortgage & Credit Sdn. Bhd. berbesar hati menerima kunjungan mesra daripada pegawai dan kakitangan EG Megah Holding Sdn. Bhd., sebuah syarikat Bumiputera Sarawak yang aktif dalam sektor pembinaan kediaman berkualiti dengan penerapan teknologi Industrialised Building System (IBS).
Kunjungan ini menjadi wadah bermakna untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan, berkongsi idea serta meneroka visi dan pendekatan baharu dalam memperkasa penyediaan kediaman berkualiti, khususnya yang mampu memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat Sarawak.
Perbincangan turut menyentuh realiti serta cabaran yang lazim dihadapi masyarakat luar bandar, terutamanya dari aspek akses kepada kemudahan pembiayaan bagi merealisas*kan impian memiliki kediaman yang selesa, berkualiti dan bersesuaian dengan kemampuan.
MUTIARA melihat kunjungan ini sebagai satu titik permulaan ke arah penerokaan peluang kerjasama yang lebih strategik dan berimpak, selaras dengan aspirasi bersama untuk memperluas akses kepada pemilikan kediaman berkualiti.
Semoga jalinan ini menjadi langkah pertama ke arah membina lebih banyak peluang pemilikan kediaman buat masyarakat luar bandar khususnya, serta seluruh rakyat Sarawak secara amnya.